View: 2896|Reply: 14
|
Malaysia Tiada Dalam Senarai 'Asia's 50 Best Restaurant'
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
29hb Februari, Isnin lalu, satu tarikh yang amat istimewa dimana ianya hanya wujud 4 tahun sekali.
Namun demikian, tahu tak anda semua pada hari tersebut, selain Anugerah Perfileman Oscar dilangsungkan, pada masa yang sama berlangsung juga Anugerah Oscars untuk bidang pemakanan di rantau Asia ini iaitu 'Asia's 50 Best Restaurant' yang bertempat di Bangkok, Thailand.
Restoran Gaggan di Bangkok, Thailand selama dua tahun berturut-turut menjadi juara, manakala untuk tempat kedua dan ketiga adalah Restoran Nariswa dari Jepun dan Restaurant Andre dari Singapura.
Berbanding senarai carta kedudukan tahun lepas, tahun ini terdapat sepuluh rsetoran yang baru telah diketengahkan, antaranya termasuk 3 buah Restoran Jepun, 2 restoran Singapura.
Manakala Hong Kong, Taiwan, Korea, Filipina dan Indonesia masing-masing sebuah restoran berjaya tergolong dalam carta kedudukan tersebut.
Dalam senarai carta kedudukan 50 teratas, Singapura dan Jepun masing-masing ada 10 restoran masuk dalam carta itu dan menjadi bidang pemakanan di Asia yang hebat.
Tiada langsung sebuah restoran dari negara kita yang tergolong dalam carta tersebut, kalau berbanding dengan negara Jiran.
Walaupun penganjuran "Asia's 50 Best Restauran" bermula sejak tahun 2013 sehingga hari ini iaitu hanya dalam jangka masa 4 tahun yang amat singkat. Tetapi restoran dari negara kita tidak pernah dicalonkan selama ini.
Untuk tahun ini senarai carta kedudukan pertandingan "Asia's 50 Best Restauran" anjuran William Reed Business, proses pengundiannya dijalankan oleh sekumpulan jawatankuasa juri yang terdiri daripada lebih 300 individu yang berpengaruh dalam bidang pemakanan.
Restoran yang dinobat sebagai juara adalah Restoran Gaggan di Bangkok yang ditubuhkan oleh Eksekutif Chef dari India yang bernama Gaggan Anand. Restoran tersebut mengkhususkan cara masakan moden untuk hidangan orang India.
Untuk tempat kedua merapakan restoran Narisawa di Tokyo, Jepun yang telah empat tahun berturut-turut memenangi restoran terbaik yang mengkhususkan sajian generasi terbaru dari negara Peranchis.
Manakala untuk kedudukan ketiga telah dimemangi oleh Restaurant ANdre dari Singapura yang mana urusan di dapur diketuai oleh Eksekutif Chef Terkenal dari Taiwan. Difahamkan restoran tersebut lebih mengutamakan masakan dari bahagian selatan Peranchis. - CARI Infonet
Senarai keputusan :
No.1 GAGGAN Bangkok, Thailand
No.2 NARISAWA Tokyo, Japan
No.3 RESTAURANT ANDRé Singapore
No.4 AMBER Hong Kong, China
No.5 NIHONRYORI RYUGIN Tokyo, Japan
No.6 WAKU GHIN Singapore
No.7 ULTRAVIOLET BY PAUL PAIRET Shanghai, China
No.8 NAHM Bangkok, Thailand
No.9 INDIAN ACCENT New Delhi, India
No.10 LUNG KING HEEN Hong Kong, China
No.11 HAJIME Osaka, Japan
No.12 LES AMIS Singapore
No.13 8 1/2 OTTO E MEZZO BOMBANA Hong Kong, China
No.14 BURNT ENDS Singapore
No.15 MINGLES Seoul, South Korea
No.16 L'EFFERVESCENCE Tokyo, Japan
No.17 CORNER HOUSE Singapore
No.18 FU HE HUI Shanghai, China
No.19 ISSAYA SIAMESE CLUB Bangkok, Thailand
No.20 QUINTESSENCE Tokyo, Japan
No.21 SHINJI BY KANESAKA Singapore
No.22 JUNGSIK Seoul, South Korea
No.23 EAT ME Bangkok, Thailand
No.24 TAKAZAWA Tokyo, Japan
No.25 MINISTRY OF CRAB Colombo, Sri Lanka
No.26 SUSHI SAITO Tokyo, Japan
No.27 THE CHAIRMAN Hong Kong, China
No.28 MR AND MRS BUND Shanghai, China
No.29 JAAN Singapore
No.30 LE MOÛT Taichung, Taiwan
No.31 LA MAISON DE LA NATURE GOH Fukuoka, Japan
No.32 TIPPLING CLUB Singapore
No.33 TENKU RYUGIN Hong Kong, China
No.34 FOOK LAM MOON Hong Kong, China
No.35 ROBUCHON AU DÔME Macau, China
No.36 IGGY'S Singapore
No.37 DEN Tokyo, Japan
No.38 WILD ROCKET Singapore
No.39 GALLERY VASK Manila, Philippines
No.40 L'ATELIER DE JOËL ROBUCHON Hong Kong, China
No.41 BO INNOVATION Hong Kong, China
No.42 KIKUNOI Kyoto, Japan
No.43 CUISINE WAT DAMNAK Siem Reap, Cambodia
No.44 WASABI BY MORIMOTO Mumbai, India
No.45 BUKHARA New Delhi, India
No.46 RAW Taipei, Taiwan
No.47 NIHONBASHI Colombo, Sri Lanka
No.48 TA VIE Hong Kong, China
No.49 LOCAVORE Bali, Indonesia
No.50 LA YEON Seoul, South Korea
|
|
|
|
|
|
|
|
mostly restoran yang hidang khinzir jah... mcm mana restoran acik nk trsenarai kalai mcm gitu...
sofea arianna binti sugiman
muar, johor |
|
|
|
|
|
|
|
semua restoran yang jenis makan ciput, ada starter, main course, dessert, wine bagai..
ummah malaysia cukup sekadar makan kat warung tikus & lipas pun sudah sujud syukur sis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tak banyak restaurant yang serve fine dinning kot, banyak yang ala2 warong tapi diupgrade sesikit tapi rasa dan presentation masih kurang agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Y best restaurants tu semua ada michelin star ke?kt malaysia ada ke michelin star restaurant?malaysia gerai2 byk..restoren y infamous chef pun byk buat ala2 buffet.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tnya...best sgt ke mkn kat restoren mewah ni..cam xkenyang je |
|
|
|
|
|
|
|
Indon=1
Malaysia=0
ahahaha....
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa restoran kebangga negeri Penang xkan xde lgsg...takat gerai je la... Resto2 kekonon mewah kebangga forumer2 cari pun xde yg masuk? |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 3-3-2016 11:55 AM
aiikk pelik ni
xkn penang pun xde
bodoh. restaurant yg luxury hanya "makan environment" saja. bukan utk quality food
penang ialah heaven of street food, tiada pesaing langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Camner Malaysia nak masuk, bila makanan kebanyakkannya disediakan oleh fendatang2 yg ikut buku resepi dan sesedap dia yang bukan dari kasih sayang. Silap2 ada kaca n pasir |
|
|
|
|
|
|
|
Dr chef smpai ke dish washer,sumer nyer bangla,myanmar,nepal,yindon dr gua hantu.....ada hati ke nk msk top 50? 'R u stupid or something'? |
|
|
|
|
|
|
|
Negara boleh maju ka kalo masuk senarai sotong itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap lg makanan warung2 murah gak |
|
|
|
|
|
|
| |
|