CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 7

Bayaran Tol Secara Elektronik Di 5 Lebuh Raya Mulai Hari Ini

[Copy link]
Post time 2-3-2016 09:26 AM | Show all posts |Read mode







sumber foto : http://3.bp.blogspot.com/



Lima lebuh raya di Lembah Klang akan melaksanakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) selepas jam 12 tengah hari ini.     




Berikutan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya bersiap sedia dengan kad Touch'n Go atau Smart Tag masing-masing ketika melalui lima lebuh raya utama berkenaan.     




Bayaran tunai tidak akan diterima lagi di 22 plaza tol di lima lebuh raya utama di Lembah Klang iaitu di Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR); Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie); Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT); Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berkuat kuasa mulai selepas jam 12 tengah hari ini.     




Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), dalam satu kenyataan, memaklumkan akan melaksanakan sistem ETC sepenuhnya di enam plaza tolnya, mulai jam 12 tengah hari.     




Berikutan itu pengguna yang memasuki enam plaza tol LEKAS, iaitu Kajang Selatan, Semenyih, Pajam, Mantin, Setul dan Ampangan sebelum 12 tengah hari, diberi tempoh untuk bayaran tunai semasa keluar dari lebuh raya berkenaan sehingga 12 tengah malam, 3 Mac.   


"Ini selepas mengambil kira pengguna yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) atau meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama di kawasan lebuh raya."- CARI Infonet









sumber : Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 11:05 AM | Show all posts
Akak guna laluan Plaza Tol Jalan Duta utk pergi kerja.

Belum implement pembayaran elektronik sepenuhnya, tapi lorong Touch N' Go and Smart Tag lagi sesak amat pagi-pagi konsepnya kan?

Lorong tunai aman-aman saja walaupun boleh jah guna kad Touch N' Go kat lorong tunai jua
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:08 AM | Show all posts
MoCuishle replied at 2-3-2016 11:05 AM
Akak guna laluan Plaza Tol Jalan Duta utk pergi kerja.

Belum implement pembayaran elektronik sepe ...

kereta kat mesia ni dah terlampau banyak.....nak harapkan public transport..mmg tak lah kan....semua mahal....better guna transport sendiri..selesa cuma tak larat mengadap jem la.....sebab tu pakai touch n go time kerja umpama touch n wait je....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
satu lgik lorong smart tag pun leh guna touch n go. tpi org x taw .
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila syarikat tak pakai cash, overhead dah banyak kurang. Untung dah bertambah, tapi masih nak naikkan tol.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:23 AM | Show all posts
harap banyakkan lagi lorong semattek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2016 11:27 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 2-3-2016 11:09 AM
satu lgik lorong smart tag pun leh guna touch n go. tpi org x taw .

nak tanya klau smarttag tu kite lalu je.... lepas tu ade bunyi beep2.... tu normal ka... ke bateri?
baru beli takkan bateri nak hbis kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:56 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 2-3-2016 11:09 AM
satu lgik lorong smart tag pun leh guna touch n go. tpi org x taw .

salah sorang yg menyesak kan lagi lorong smart tag...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.073996 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list