Oleh Izzah Abbasy
Botol-botol minuman yang dibeli selepas diminum biasanya terus dibuang. Paling rajin pun, kumpul-kumpul botol dan hantar ke dalam tong kitar semula.
Tapi, daripada kita buang, apakata hujung minggu selain tidak ke mana-mana bolehlah lakukan aktiviti kreatif dengan botol-botol yang ada ini bersama anak-anak mahupun ahli keluarga.
Botol yang digunakan boleh dijadikan bekas pelbagai guna. Bukan sahaja dijadikan pasu bunga malah digunakan sebagai 'almari' tempat letak kasut. Menarik. Jom cuba buat.
Penulis pun tertarik nak buat bekas untuk letak alat mekap. Baru saja fikir nak beli, tapi dah dapat idea ini, tak jadi belilah. Boleh buat sendiri. Apa tunggu lagi, sama-samalah kita mengasah bakat kreatif ini selain boleh menjimatkan duit. - CARI Infonet
Kredit Foto : Gunjan Sharma
|