CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1453|Reply: 5

renung renungkanlah ini ...

[Copy link]
Post time 1-3-2016 02:36 AM | Show all posts |Read mode
Perpaduan Umat, Persaudaraan Ulama

Ditulis oleh Dr. Mohd Sani Badron. Posted in Sinar Harian
Perpaduan umat terjamin apabila ada kesatuan pemikiran, bahawa para mujtahid boleh berbeza kesimpulan dalam masalah rantingan (juz’iyyat) dalam bidang fiqh dan usul fiqh yang sah. Ini mencerminkan hikmah Tuhan Yang Esa yang mentadbir hal-ehwal manusia, zaman, dan negara yang berbilang.

Perbezaan antara-mazhab dan intra-mazhab telah wujud ribuan tahun, di seantero dunia Islam. Secara keseluruhannya ia adalah dalam keadaan terkawal dan beradab, di mana ahli-ahli ilmu bersetuju untuk tidak bersetuju, atau rela untuk berbeza.  Iaitu agree to disagree dan agree to differ; dalam perkara-perkara rantingan.

Semua pihak perlu insaf bahawa berkelahi dalam hal rantingan bukan dari ajaran agama.  Sebaliknya Islam adalah Agama Persaudaraan, Agama yang Ramah, bahkan Agama Dialog antara para sarjana.

Imam al-Ghazali pernah menggagaskan bahawa, para alim ulama’ yang hakiki itu ketika berjumpa, seharusnya saling sayang-menyayangi dan cinta-mencintai. Ulama-ulama’ yang terdahulu diriwayatkan sarat dengan sifat persaudaraan, bertolong-tolongan dan saling senasib-sepenanggungan pada waktu suka dan duka.

Imam al-Shafi‘i pernah mengemukakan manifesto berikut: “Ilmu pengetahuan di kalangan tokoh-tokoh yang istimewa dan berfikiran tinggi itu, adalah dalam bersilaturrahim yang sambung-menyambung.”

Ilmu pengetahuan tidak seharusnya dijadikan alat permusuhan yang merosakkan silaturrahim. Hasan al-Basri pernah menyatakan, “Faqih itu tidak mengejek-ngejek dan tidak bermusuh-musuhan.”

Bahkan dalam al-Qur’an sendiri ada peringatan: “Dia telah menshari‘atkan bagi kamu mengenai al-Din...bahawa kamu tegakkan al-Din dan jangan kamu bersalah-salahan dalamnya” (al-Shura, 42:13).  Jelas bahawa dari zaman awal lagi, Agama bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan saling bertentangan.

Kajian secara menyeluruh menunjukkan bahawa empat mazhab Ahlus Sunnah memiliki kesimpulan yang sama dalam sekitar 75 % rumusan fiqh mereka.  Ditambah lagi dengan unsur-unsur utama “pandangan-alam” Islam, kita sebenarnya memiliki “titik-pertemuan” yang cukup ampuh yang sedia menyatu-padukan kesemua mazhab.

Kesemua mazhab bersatu dalam mentawhidkan Allah, menegakkan undang-undangNya, dan mengabdikan diri kepadaNya. Tidak ada langsung sebarang perselisihan yang tidak sefaham dalam perkara-perkara usul tersebut.

Malangnya tuduhan bid‘ah dan sesat terhadap perkara-perkara furu‘ yang sah — telah, sedang dan akan terus memecah-belahkan masyarakat Islam. Kata-kata celaan, cacian dan ejekan juga telah membawa kepada permusuhan sesama Islam.   

Sebenarnya perpaduan umat Islam dalam shari‘ah yang satu amatlah mengagumkan para pengkaji Barat yang membandingkannya dengan nasib sekta-sekta agama Kristian yang saling bercanggah antara satu sama lain.

Kekaguman mereka semakin meningkat kerana perpaduan shari‘ah tercapai sedangkan dalam masa yang sama berlaku banyak pergolakan politik seperti pemberontakan terhadap saidina ‘Uthman, perlawanan antara Ali dan Talhah dan Mu‘awiyah, peperangan oleh puak Khawarij, penaklukan Mongol, dan penjajahan Barat.

Tanpa adab kepada pelbagai aliran pemikiran yang sah, akan terdapat lebih banyak perpecahan dan perbantahan. Kajian Abdal Hakim Murad merakamkan bagaimana al-Tuwayjiri yang berasal dari satu aliran Salafi dengan al-Albani, telah mengeluarkan kata-kata celaan dan cacian terhadap al-Albani kerana perselisihan faham dalam soal hijab. Tanpa adab dalam berbeza pandangan, timbullah penindasan terhadap hak sarjana lain—iaitu sikap totalitarian, kebiadaban, dendam, iri hati, dan dengki.


sumber :

http://www.ikim.gov.my/index.php ... -persaudaraan-ulama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2016 03:12 AM | Show all posts
Malangnya tuduhan bid‘ah dan sesat terhadap perkara-perkara furu‘ yang sah — telah, sedang dan akan terus memecah-belahkan masyarakat Islam. Kata-kata celaan, cacian dan ejekan juga telah membawa kepada permusuhan sesama Islam.   

ni - siapa yang memulakannya dulu dan mula bersuara dan kesannya berpecah ?

sapa ?

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 05:03 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-3-2016 03:12 AM
Malangnya tuduhan bid‘ah dan sesat terhadap perkara-perkara furu‘ yang sah — telah, sedang dan ak ...

aku
aku
dan aku

pasal NABI DAH KATA: TIAP YG DIADA-ADAKAN DALAM AGAMA ADALAH BIDAAH
DAN TIAP BIDAAH ITU SESAT DAN TIAP KESESATAN DALAM NERAKA

senangkan
lagipun SUNNAH NABI yg berkitab2 tu dah dijalankan habis semua dah ke
sampai sanggup mengada-adakan sesuatu yg baru pula!!!!!
sapa yg kata dia dah buat habis dah - kasitau aku ya
aku nak gi dok ngan dia 3 hari 3 malam (dr riwayat zaman NABI  kan)
aku akan kasitau dia apa yg dia belum buat habis lagi
dr bangun awal pagi sampai pagi esoknya

biar dia lari terjun tingkap je

ok ke jawab camni, nak kena tambah banyak sikit ke?  tq




Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 02:42 AM | Show all posts
dan sambung sikit
sikitttttt je lagi nuuuuuu
ttg BAB DOA

dalam KALAMNYA
BERDOALAH DENGAN MERENDAH DIRI DAN SUARA YANG LEMBUT
dan
BERDOALAH DENGAN RASA TAKUT DAN PENUH HARAP

dan dalam riwayat ada mengatakan
bahawa NABI ANGKAT TANGAN BERDOA HINGGAKAN NAMPAK KETIAK PUTIHNYA


gamaknya le berapa kerat je yg PATUH PERINTAH ALLAH yg ni yeeee
dan ikut SUNNAH NABI



MARI  MARI MARIIIIIII kita kembali TUNDUK PADA PERINTAH ALLAH DAN RASULNYA
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 02:24 PM | Show all posts
salam

candu bagi orang yang ada ilmu .. errmm
adab dalam berbeza pandangan,
timbullah penindasan terhadap hak sarjana lain—
iaitu sikap totalitarian, kebiadaban, dendam, iri hati, dan dengki.
sepatut nya cari persamaan ..
bukan cari perbedaan ..

persamaan ini dapat merapatkan jurang perbedaan ..
dengan pendidikan persamaan itu .. dapat memahami ..
sesuatu masaalah yang d'hadapi ..
bukan cara menindas ..

wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 07:14 AM | Show all posts
NorAddin replied at 3-3-2016 02:24 PM
salam

candu bagi orang yang ada ilmu .. errmm

candu bagi orang yang ada ilmu...eerrmm

sepatut nya cari persamaan ..
bukan cari perbedaan ..
persamaan ini dapat merapatkan jurang perbedaan ..
dengan pendidikan persamaan itu .. dapat memahami ..
sesuatu masaalah yang d'hadapi ..
bukan cara menindas ..






laaaaa kata nak cari persamaan, dah elok kata persamaan
tapi samakan candu bg org yg berilmu????
dah terbelitlah gitu mamat ooiiiii
dan
tak sepatutnya perkataan CANDU ni keluar dr manusia yg kononnya MENGENAL ALLAH


dan bagi pendidikan
seiringkan IMAN, ISLAM EKHSAN tuuuu
bukan belajar feqah sahaja, atau usul sahaja atau tauhid sahaja
macam NABI dah terangkan kepada manusia yg mahu menjadi umatnya kan


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042961 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list