Oleh Izzah Abbasy
Bertikam lidah sesama sendiri tidak lagi menjadi hairan. Begitulah yang terjadi dalam parti politik UMNO apabila Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) menuduh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai pengampu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bukan sahaja membidas Nazri susulan tindakannya yang mencadangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO supaya menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin jika enggan melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti secara sukarela susulan kritikannya terhadap Perdana Menteri secara berterusan.
Gerakan anti Perdana Menteri turut menyifatkan Nazri sebagai perosak dalam UMNO kerana perjuangannya adalah untuk mendapat ganjaran berbanding mahu membangunkan parti.
Datuk Seri Nazri juga disifatkan dan diperkatakan ;
1) Antara karektor perosak dalam sejarah UMNO.
2) Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyifatkan Nazri sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang lemah dalam Kabinet.
3) Tiada yang hebat tentang Nazri sebagai menteri selain daripada menunjuk lagak penyangak dan menentukan anak-anaknya hidup dalam kemewahan. Nazri selama menjadi menteri UMNO memang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.
4) Kami sudah meluat melihat pemimpin seperti Nazri yang cuba memperbodohkan kami untuk kesenangan mereka anak beranak.
Agak kasar dan tegas dakwaan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Nazri ini tetapi mungkin mereka lebih tahu isu dalaman parti tersebut.
Jika pihak atasan juga saling bertelagah sesama sendiri, menggunakan hak yang ada sesuka hati, bagaimana ingin memimpin rakyat dan negara?
Semakin hari, semakin terbongkar banyak rahsia yang selama disembunyikan oleh mereka. Adakah semua kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti? - CARI Infonet
Kredit : FreeMalaysianToday |