CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10957|Reply: 78

Sufi AF Tiru Resepi Dato' Fazley

[Copy link]
Post time 26-2-2016 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by taksukapeanut at 26-2-2016 09:47 AM

               
                Sufi AF Tiru Resipi, Inilah Komen Dato’ Fazley Yang Mengejutkan!                                                        


                        



                                            
Seorang artis kelahiran Akademi Fantasia 2015, Sufi telah membuka satu perniagaan restoran makanan yang dinamakan De Tulang Merah. Restoran ini telah dikongsi oleh beberapa rakan yang lain. Namun, yang menarik perhatian netizen adalah menu restoran tersebut sama dengan menu di Suka Sucre Bistro, restoran milik Dato’ Fazley Yaakob.

Disebabkan oleh isu ini, rata-rata netizen tidak putus-putus menghantar private message di Instagram dan juga Facebook Dato’ Fazley. Oleh itu, Dato’ Fazley telah memuat naik gambar masakan yang dikatakan sama di Instagram peribadinya berserta kapsyen yang menjelaskan tentang isu ini beberapa hari lepas.

“Ini merupakan resipi yang telah saya hasilkan di @sukasucrebistro, nama diberi juga diilhamkan dari warisan tradisional Negeri Sembilan seperti Pasta Daging Salai Lemak Cili Api, Pasta Sambal Minang dan Aglio Olio Daging Salai. 2 tahun saya berdagang demi minat saya kepada dunia kulinari, juga demi mencari rezeki halal untuk keluarga.
Namun, semalam peminat-peminat F&B memaklumkan saya dengan berita ada seorang rakan artis yang baru sahaja membuka perniagaan makanan dia sendiri dan turut menyajikan ketiga-tiga menu ini di restoran baharu beliau dengan komponen yang sangat serupa. Kecoh juga kerana mereka tahu beliau juga regular di bistro saya bersama rakan2nya. Gamat jadinya bila mereka berpusu-pusu tinggalkan komen di Instagram milik restoran tersebut dan menyatakan bukan hanya namanya “sebijik” tapi rupa betuknya juga serupa. Malahan DM saya juga penuh! Tetapi anda perlu tahu di @sukasucrebistro disamping ketiga2 pasta ini, ada juga “Salted Egg Yolk Cream Pasta” dan “Where’s The Spaghetti? Meatball” yang merupakan menu kegemaran ramai, dan bestsellers untuk kami syukur Alhamdulilah!
Kata ramai di kalangan netizen, “Kalau serupa, mungkin kebetulan. Kalau satu sahaja, mungkin terpengaruh. Kalau dua serupa, mungkin sudah ada niat tidak elok di situ. Kalau ketiga-tiga resipi, nama dan rupa sama, tidak mungkin kebetulan” ramai yang berpendapat sebegitu. Dari semalam hingga ke hari ini masih penuh DM yang saya terima perihal yang sama.
Pendirian saya begini, saya bangga kerana telah menjadi inspirasi kepada perniagaan beliau. Jika di tanya adakah saya di maklumkan seperti mana lazimnya seorang rakan, memang saya tidak di maklumkan dan saya tidak berkecil hati kerana rezeki Allah dah tentukan buat masing-masing. Yang penting jujur dan ikhlas kan?
Walau apa pun, terima kasih menjadikan #SukaSucreBistro dan buah minda saya satu inspirasi untuk membina bisnis baru. Saya ucapkan good luck. Semoga diberkati Allah. Bismillah. Buat beliau, kuatkan semangat!!”
Susulan isu ini, nampaknya Sufi sendiri telah tampil berjumpa dengan Dato’ Fazley untuk menjelaskan perkara sebenar. Melalui gambar yang dimuat naik oleh beliau bersama dengan Sufi menunjukkan bahawa perkara ini sudah diselesaikan.



sumber: Gossipartismalaysia






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2016 09:48 AM | Show all posts
bagus fazley....tak mudah melatah n meratib mangsa keadaan....

moga semakin murah rezeki heols dalam perniagaan


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 09:48 AM | Show all posts
cam sedap je aglio olio sambal minang ngan pasta daging salai lemak cili api tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 09:57 AM | Show all posts
suka dgn keperibadian dato fazley..x mudah melatah dan sentiasa positif..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:03 AM | Show all posts
sedapnya pasta tu, okay. nak pergilah nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2016 10:04 AM | Show all posts
nh83 replied at 26-2-2016 09:57 AM
suka dgn keperibadian dato fazley..x mudah melatah dan sentiasa positif..

yup.. rileks je dia..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2016 10:06 AM | Show all posts
yg daging lemak cili api tu nampak merecik sgt. Terliurrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:10 AM | Show all posts
kat masa restoran dato fazley ni? mcm nak try je mkn sana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2016 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 yg berunsurkan telur masin dgr pon sedap
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:13 AM | Show all posts
bagus nye fazley ni...syabas bettehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:13 AM | Show all posts
afsal adik aku kata tak sedap, harap cantik je makanan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2016 10:13 AM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 26-2-2016 10:10 AM
Apa2 yg berunsurkan telur masin dgr pon sedap

kannn.. lagi lagi ketam.. udang pun ok.. tapi lepas tu sakit kepala la.. dengan seafood and salted egg lagi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2016 10:15 AM | Show all posts
aireen24 replied at 26-2-2016 10:13 AM
afsal adik aku kata tak sedap, harap cantik je makanan..

kat restoren fazley ke sufi?
pernah gak dengar yg makanan kat restoren fazley tu tak de sesedap mana.. experience kurang.. chef wan pun pernah perli dia.. suka suka declare diri sendiri chef pada hal nak jadi sorang chep bukannya senang

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin meletoplah sukasucre lepas ni. Org ramai nk dtg rasa spaghetti minang heols. All the best
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:29 AM | Show all posts
ini macam lah org melayu muslim meniaga, sharing dan berlapang dada

tak la ke hulu ke hilir meratib meroyan ni hak aku , patent kan , claim hak lah..

Semoga berjaya Fazley...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka attitude macam ni. Tak ramai orang bleh setenang ini kalau benda yang sama jadi. Smoga sukses selalu fazley.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2016 10:34 AM | Show all posts
ni kalau acik jual tudung..harus dah merempan seantero ig gaduh pasal design tudung

baidewei..sufi tu ada iras roslan shah lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:34 AM | Show all posts
kes2 mcm ni...kalau kena dekat designer, jenuh memasing menghencap...xboleh lansung ade design yg lebih kurang.maunya sentap sana sini. tp dlm kes ni, nama sama...resepi pon sama....abg asmara chill je
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:34 AM | Show all posts
kalau sama pun xapa n akui.. jgn sama tapi duk justify mcm mangsa keadaan pastu duk menganjing

cth : ibu sambal kepada bapak sambal ( uols tahu sapa)..kuikui

klu sedap org akan pergi... cipta la resepi sama pun teknik dan rasa tentu berbeza..kan kan kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2016 10:36 AM | Show all posts
suterabiru123 replied at 26-2-2016 10:34 AM
kalau sama pun xapa n akui.. jgn sama tapi duk justify mcm mangsa keadaan pastu duk menganjing

ct ...

tauuu uols.. kalau orang ikut dia takpe, jangan dihencao kata dia ikut orang.. gegar satu dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.093567 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list