Alahai tak tahu pula nak buat cheese kek ini semudah ini. Bagi yang tak mahir untuk buat kek boleh cuba buat kek cheese ini dahulu dan mantapkan skil buat kek. Bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat kek ini pun bukan susah nak jumpa.
3 telur
120 gram white chocolate
120 gram cream cheese
asingkan telur putih dengan telur kuning,letak tepi.
cairkan white chocolate guna method double boiler..
bila chocolate dah cair,tutup api, masukkan cream cheese,
gaul sebati masukkan telur kuning tadi, gaul sebati..
pukul putih telur sampai jadi macam meringue..
gaulkan meringue tu dengan adunan cream cheese tadi sampai sebati,
masukkan dalam pan..
bakar pada suhu 170c selam 15 minit, lepas tu kurangkan kepada 160c selama 15 minit,
switch off oven, biarkan dalam tu selam 15-20 minit baru keluarkan dari oven..
tunggu sejuk sikit, potong lee..