CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3063|Reply: 5

5 Tip Elak Menjerit Pada Anak Degil

[Copy link]
Post time 25-2-2016 05:50 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO


Ramai ibu bapa terpaksa menjerit untuk menarik perhatian anak-anak yang degil. Semakin anda menjerit, semakin kurang perhatian yang diberi oleh anak-anak. Ikuti lima teknik mudah anak mendengar kata tanpa perlu meninggikan suara.





Bagi amaran. Anak-anak lebih takut apabila anda memberi amaran kerana mereka takut mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Sebagai contoh, selagi anak anda tidak mengemas barang-barang permainan, selagi itu mereka tidak boleh bermain di bermain basikal di taman.





Sentiasa bertenang. Hati ibu bapa mana yang tidak 'panas' apabila melihat makanan bersepah di ruang tamu gara-gara sikap anak yang gemar makan di depan tv. Teknik terbaik sebelum anda mahu menjerit adalah dengan bertenang sambil melihat anak-anak yang kian membesar dan semestinya sikap mereka hanya boleh dilihat ketika mereka masih kecil.






sumber foto : http://kids.igis.edu.vn

Ingat peranan anda. Apabila anda memilih untuk menjerit pada anak anda, sebenarnya anda telah merendahkan peranan anda sebagai ibu. Anda tidak boleh menuntut penghormatan daripada anak anda dengan menjerit sebaliknya anda perlu ingat peranan anda sebagai ibu adalah menunjukkan moral yang baik. Bercakap perlahan dan kawal dengan tenang menunjukkan anda ibu yang bijak.





Jadi lebih rapat. Anda menjerit dari tingkat atas atau dari dapur, namun anak-anak tetap mengabaikan anda. Ramai ibu bapa bertindak demikian kerana sudah memanggil anak-anak banyak kali tapi tidak didengari. Cara terbaik adalah pergi ke arah anak, tarik perhatiannya, lakukan 'eye contact' dan bercakap perlahan dengannya.





Bayangkan anda mempunyai tetamu. Kawal kemarahan dan rasa mahu menjerit dengan membayangkan jeritan anda mungkin akan didengari oleh jiran atau tetamu di dalam rumah anda. Membayangkan anda mempunyai tetamu membuatkan anda menolak untuk menjerit kerana memalukan anda sekeluarga.




sumber foto : google image

Menjerit bukanlah jalan penyelesaian kerana sikap anda akan dijadikan ikutan mereka semasa bersama adik-beradik atau rakan-rakan di sekolah. Jika anda tidak mahu anak-anak anda menjerit sesama sendiri, anda sendiri perlu datang dan bercakap perlahan di depan mereka.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2016 06:14 PM | Show all posts
skali aku menjerit ... sebulan anak aku behave
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 10:50 AM | Show all posts
tu la cabaran paling dasyat jadik parent.. jangan jerit kat anak.. org yg sblm kawen mmg peribadinya jenis lemah lembut sopan santun pun once dapat anak leh jadik singa. hahahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 03:25 PM | Show all posts
huhuhu...
aku lah tu...
tapi skrg aku dah x yah jerit2..

aku ckp jek....ibu bngun kang siap kamu...

laju jek anak aku bergerak...

klu aku membebel...siap ckp.."dah la ibu kakak faham..sorry ibu.."


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 11:26 AM | Show all posts
kalau geram sangat , memang aku jerit jugak

dah tu suruh sekali taknak dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 10:45 PM | Show all posts
Belum ada anak org x tau pun aku wujud kt rumah nii...sekali ada anak nahhh selang 3 4 pintu boleh dgr sora aku kut  
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049049 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list