Dengarnya macam tak masuk akal, takkanlah coklat tak mencair kalau kena air panas kan.
Tapi perkara ini berlainan sekali buat teko yang diperbuat 100 peratus daripada coklat, yang mana berfungsi seperti mana teko lain malah tidak akan mencair apabila dituang air panas di dalamnya!
Untuk menghasilkan teko tersebut, John Costello dan pasukannya telah melakukan eksperimen dengan mengunakan belon untuk mendapatkan ketebalan yang dirasakan bersesuaian untuk teko coklat tersebut.
Selepas itu mereka menggunakan ‘dark chocolate’ kerana ianya mengandungi 65 peratus serbuk coklat serta kurang lemak yang mana menjadikannya lebih tahan kepada suhu kepanasan yang tinggi.
Menurut seorang wakil daripada rancangan televisyen yang telah mencubanya, mengatakan dia lebih menggemari teko coklat tersebut kerana teh yang diminumnya dirasakan lebih sedap jika dibandingkan daripada teko biasa yang digunakan sebelum ini. - CARI Infonet