CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3871|Reply: 17

Rahsia Penting Agar Ibu Mertua Jatuh Cinta Dengan Anda

[Copy link]
Post time 24-2-2016 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Kata orang, sebelum menambat hati si anak, tambatlah hati keluarganya terlebih dahulu, lebih-lebih lagi bakal ibu mertua.


Ini membuatkan ramai wanita terutamanya, bimbang tak dapat jadi 'sebulu' dengan bakal ibu mertua.


Berikut merupakan 'rahsia' dan petua yang boleh diikuti untuk membuatkan bakal mertua jatuh cinta dengan anda!








1. Jangan rasa cemburu bila pasangan anda rapat dan mengikut apa sahaja suruhan ibunya. Sebaliknya, hadirkan rasa bahagia bila pasangan anda akrab dengan ibunya.


Dengan ini bakal mertua melihat anda sebagai seorang calon menantu yang baik dan juga anak yang baik. Ia mampu membuatkan mereka menyukai anda secara semula jadi.




2. Sentiasa hargai apa sahaja yang diberikan oleh bakal mertua. Seperti pendapat, hadiah dan sebagainya. Anda boleh cuba mendekati bakal mertua dengan bertanya mereka tentang diri pasangan anda. Ya, itu merupakan modal perbualan yang sangat baik, sekaligus mengenal hati budi kedua belah pihak.





(Sumber foto: Carian google)





3. Jangan lupa kunjungi bakal mertua, sekali sekala. Beri kejutan pun sangat digalakkan. Ini membuatkan mereka berasa senang dan lebih sayang dengan anda sebagai menantu.




4. Sentiasa memiliki komunikasi yang baik dengan bakal mertua. Pelajari apa yang dia suka, makanan kegemarannya, dan sebagainya. Dengan ini, anda lebih memahami isi hatinya sambil mendekatkan diri lebih rapat dengannya. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2016 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik kwin dgn mertua je klu mcm tu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 24-2-2016 07:30 PM
Baik kwin dgn mertua je klu mcm tu....

Mgkin sbb tu kau dibenci.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 08:15 PM | Show all posts
Bg aku xpayah bodoh2 nak berlakon.be yourself je dah cukup.
Kang jd MCM kawan aku,depan mak mertua tahan semua ok,
Benda xsuka pun xberani bantah.setahun dua ok lah kot..TP sampai bila manusia mampu
Berlakon.kalau mcmtu diri kau dgn mak kau,layan baik,hormat..MCM tu lah dgn mak mertua kau.
Bukan dgn mak mertua berlakon nk nmpk lg baik dr yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 10:50 PM | Show all posts
Thank you kongsi rahsia..hehe.. cute je jealous dgn ibu mertua...
kita selalu berangan mak mertua kita pandai crochet ke..knitting..quilting..minat mesin jahit Bernina..  so  boleh la menjahit dan crafting sama2 di waktu petang yg damai.. bonding2 dgn mertua gitu...ceewah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh mcm ni tips dengan mertua. Boleh dipraktikkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2016 11:11 AM | Show all posts
buat apa hidup mengutamakan org lain dan berpura2. menantu itu adalah pesaing mak mertua dalam rumah dan wang masa. jadi diri sendiri ja
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 12:34 PM | Show all posts
Mak mertua sama jugak macam mak sendiri. Yang penting rajin lawat dorang, rajin call tanya berita kalau tinggal berjauhan lah. Bab dapur mesti pandai (mostly dorang xsuka yang yg tak reti masuk dapur), mesti pandai adapt dengan suasana sekeliling. Yang penting jangan sombong. Kalau tak reti sangat buat kerja rumah, tapi peramah tak sombong pun dorang suka tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2016 03:53 PM | Show all posts
letakkan keutamaan ... masa dah kawin, iols terus doa apa yang iols doa kat mak ayah selama ni untuk mak ayah mertua sekali...  takde niat nak dengki2 atau dapatkan kasih sayang lebih2 tapi bila balik umah mertua memang abg ipa siap sound2 mak mertua slalu lebihkan i...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2016 04:20 PM | Show all posts
Chesire_Epilog: Mak mertua sama jugak macam mak sendiri. Yang penting rajin lawat dorang, rajin call tanya berita kalau tinggal berjauhan lah. Bab dapur mesti pandai  ...


betul..bukan berpura2 baik, tapi cuba terapkan dlm diri...jadi menantu yang baik..kalau nk sgt jadi sendiri, gambira ke dibenci mertua? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 06:17 PM | Show all posts
yg penting ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 01:49 AM | Show all posts
Edited by turboturtle at 26-2-2016 01:57 AM

menantu lelaki plk macam mane...

Belikan emas mak mertua pasti suka
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 08:55 AM | Show all posts
lagi satu kena belajar cakap dialek ikut mak mentua kita, nanti jadi ayam dengan itik bercakap heeee
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
I tak perlu tips mother in law jiran my parent
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2016 03:30 PM | Show all posts
MISZZZ: lagi satu kena belajar cakap dialek ikut mak mentua kita, nanti jadi ayam dengan itik bercakap heeee


satu tips yg bgs sis..tqq
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 06:32 PM | Show all posts
Jd diri sendiri dan jgn hipokrit.tu yg penting dgn ipar duai pulak jgn bermuka2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2016 10:47 PM | Show all posts
Belum jadi ibu mertua lagi.
tapi dh betul2 kasi green light.

anak pulak xsuka.
macam mane tu hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:29 PM | Show all posts
yg penting ikhlas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056467 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list