Ikan2 ini mendiami dasar lautan berpasir persekitaran kepulauan Galapagos.Mereka boleh dijumpai dikedalaman 100 kaki - 400 kaki. Panjang maksimanya 10in. Dikepalanya ada sejenis tanduk berbulu tertonjol kedepan diantara dua matanya merupakan sejenis joran yang berayun untuk menarik mangsa. Warnanya putih kuning (cream) atau hijau zamrud berbelang dua dibelakangnya. Sirip tepi dan bawahnya umpama kaki-kaki yg digunakan untuk "berjalan" dan "duduk" didasar pasir.Mereka tidak pandai berenang jadi mereka lebih suka berjalan.Kalaupun berenang cuma untuk jarak yg dekat.(Contoh ikan yg suka berjalan ialah spotted hand fish.).Istimewanya ikan ini ialah mulutnya yang merah umpama memakai gincu bibir.
Namanya yang lain ialah (O. Darwini) sempena nama Charles Darwin.Saintis menjangkakan mulut merah itu guna menarik minat ketika musim mengawan. Cuma teori kerana masih mengkaji. Mereka makan anak2 ikan kecil,udang,ketam dan jenis cengkerang lain.Disaat ini ikan ini masih terlindung kerana Kepulauan Galapagos adalah kawasan marin terpelihara (WSDPA 2006) jadi ikan2 ini tidak dalam bahaya pupus. Ada yang keliru tentang ikan mulut merah ini dengan ikan mulut rosy (rosy-lipped batfish) Rosy-lipped fish hanya terdapat dikepulauan Cocos.