View: 2562|Reply: 2
|
Menaiki Penang Hop On Hop Of Sambil Menerokai Keindahan Pulau Mutiara!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Sejak kebelakangan ini, Penang Street Art atau Seni Lorong Pulau Pinang menjadi terkenal di seluruh dunia, sehinggakan kita semua terlupa bahawa Pulau Pinang selain Seni Lorong Pulau Pinang, sebenarnya masih terdapat banyak lagi destinasi pelancongan yang harus dikunjungi.
Sempena pelancaran penggunaan bas persiaran yang terbuka bumbung iaitu Penang Hop On Hop Of, di sini penulis kemas-kini 9 destinasi yang harus dikunjungi oleh para pelancongan yang berada di Pulau Pinang.
1.) Melihat seluruh pemandangan Pulau Pinang di atas Bukit Bendera
Sia-sia lah kalau berada di Pulau Pinang tidak mengunjungi Bukit Bendera! Di atas bukit, Seseorang itu boleh menaiki ke atas bukit dengan menggunakan kereta kabel untuk melihat pemandangan Pulau Pinang yang mempersonakan secara 360 darjah.
Waktu Kemasukan :
6.30am - 10.00pm ( trip yang terakhir adalah turun dari atas bukit) ,
Hujung minggu/ cuti am/ cuti persekolahan - 6.30am - 11.00pm ( trip yang terakhir bertolak dari atas bukit)
2) Menemui Galeri Seni Lukisan Lorong Yang Cantik
Mana-mana lorong di Pulau Pinang, bila-bila sahaja akan dapat menyaksikan seni lukisan dinding yang berwarna-warni dan mempunyai nilai seni yang tinggi serta turut berpeluang menjadikan diri kita dan rakan-rakan kita sebahagian lukisan tersebut, semata-mata bagi mewujudkan suasana yang menyeronokan dan gelak ketawa.
3) Cheong Fatt Tze Sebuah Kediaman Biru Yang Unik Di Pulau Pinang
Kediaman berwarna biru yang memiliki ruang dalaman yang bereka bentuk kesenian orang Cina dibina pada tahun 1880, pernah dibina pada kurun 19 untuk dijadikan sebagai Penang Straits Settlement dan diduduki oleh seorang bangsawan dari China.
Kebiruan dinding dan kemegahan bangunannya pasti membuatkan anda terpesona.
Alamat : 14, Leith Street
4) Puas menyaksikan monumen silam di Pulau Pinang
Destinasi "Lawatan Monumen Silam Di Pulau Pinang" termasuk Fort Cornwallis, Town Hall & City Hall, War Memorial dan Esplanade, semua itu merupakan salah satu bangunan zaman silam yang utama di Pulau Pinang, jarak antara kesemua destinasi tersebut hanya berjalan kaki sahaja.
5) Menikmati Makanan Pulau Pinang Istimewa di Gurney Drive.
Di sini pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai makanan penjaja tempatan, malah makanan mahal turut dapat dinikmati. Selepas kenyang merasai sajian yang enak, bolehlah melawati ke kuil Orang Burma iaitu Dharmikarama Burmese Temple dan Kuil Orang Thailand iaitu Wat Chaiya Mangkalaram Temple yang berhampiran.
6) Chew Jetty - Susana Masyarakat Atas Air Yang Unik
Rumah yang dibina tepi laut yang luas dengan bahagian bawah disokong oleh batang kayu bersama dengan susunan papan kayu yang dijadikan jambatan sebagai lorong atau jalanan buat masyarakat atas air, inilah kawasan komuniti atas air yang typical di Malaysia.
7) Dendangan ombak laut yang berirama di Batu Ferringhi
Bertempat di bahagian utara Pulau Pinang, Batu Ferringhi merupakan kawasan rekreasi di tepi pantai yang membolehkan pengunjung menikmati pancaran matahari, surfing, berperahu dan lain-lain aktiviti atas laut yang lain.
8) Merungkai Kekayaan Alam Semulajadi di Taman Botani Pulau Pinang
Disebabkan terdapat air terjun yang berdekatan taman tersebut, jadi sini juga dipanggil "Taman Air Terjun atau Waterfall Garden". Di sini boleh menerokai tumbuhan pokok yang berusia ratusan tahun, kawasan bukit bukau yang hijau dan bunga teratai gergasi yang berasal dari Sungai Amazon. Di sini juga terdapat pelbagai jenis hidupan liar seperti beruk ekor panjang atau Long-tailed macaque, Gray langur, Tupai Gergasi atau Giant squirrel dan banyak lagi.
Waktu beroperasi : 5am-8pm - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm Penang ni byk tempat lemon x p lg ni |
|
|
|
|
|
|
|
LA Holidays provide Airport Transfer and Coach / Van Chartering services with reasonable prices! For more info, kindly visit our website : www.laholidays.my |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Shop Online/Classified
|