CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3307|Reply: 6

Tak Susah Jadi Gadis 'Petite', Yakin Saja Berfesyen

[Copy link]
Post time 23-2-2016 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Gadis 'petite' dikenali juga sebagai gadis kecil molek bertubuh genit, mungil dan berketinggian 5 kaki 3 inci.



Gadis sepeti ini sering kecewa dalam pemilihan pakaian. Bukannya tak cantik, tapi adakala labuh dan besar untuk mereka.

Dan sudah tentunya cemburu dengan mereka yang mempunyai ketiggian ideal. "Untunglah tingggi, pakai apa pun mesti nampak cantik."

Ala, usah bimbang dan jeles. Anda si gadis 'Petite' juga boleh bergaya seakan gadis tinggi lampai. Bagaimana? Ikut cara ini. - CARI Infonet

1) Satu Warna - Pertama, pilih satu warna bermula dari atas sehinggalah pada kasut kamu. Warna yang disarankan adalah hitam, biru navy, arang, burgundy, hijau gelap dan ungu.

2) Pilih Saiz Tepat - Memilih pakaian yang 'ngam-ngam' pada tubuh kamu lebih menarik berbanding memilih pakaian yang longgar. Elakkan juga pakaian yang mempunyai lapisan yang banyak kerana akan menampakkan kamu kelihatan lebih pendek dan padat.

3) Corak Menegak - Trik memilih pakaian yang mempunyai corak menegak mampu memberi ilusi tinggi buat kamu meskipun kamu rendah saja orangnya.

4) Bentuk V -  Pilihlah pakaian mahupun jaket yang mempunyai bentuk V atau U pada leher. Bukan apa, corak sebegini yang terdapat pada leher baju turut menyumbang kepada ilusi ketinggian.

5) Tumit Tinggi - Cara paling mudah untuk menambah ketinggian adalah dengan mengenakan kasut tumit tinggi. Tumit tinggi jenis 'pump shoes' adalah paling sesuai tetapi elak memilih kasut yang mempunyai tali pada buku lali kerana tali ini menampakkan kamu 'ketot'.

6) Elak Beg Tangan Besar -  Jauhi diri kamu dengan beg tangan yang besar kerana ia membuatkan kamu lebih rendah dengan ketara. Pilih beg tangan yang bersaiz sederhana supaya kamu kelihatan lebih 'seimbang'.



7) Jauhi Skirt Mini - Skirt pendek atau mini lebih cantik dipakai oleh si gadis yang mempunyai kaki yang panjang dan bertubuh tinggi. Jika gadis bertubuh rendah mengenakan skirt mini, kaki pendek akan kelihatan lebih ketara dan ia mencacatkan penampilan.

8) Seluar Kaki Lurus -  Pilih jeans atau apa saja jenis seluar yang mempunyai potongan kaki lurus untuk menampakkan kaki lebih panjang dan kelihatan tinggi saat berjalan. Rahsia kaki kelihatan langsing adalah seluar tanpa banyak poket, tanpa corak dan tidak ketat.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2016 03:40 PM | Show all posts
nak carik pump shoes saiz 3.5 setgh yang susah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 09:18 AM | Show all posts
Alhamdulillah. bukan saiz ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 10:30 AM | Show all posts
suka pergi shopping mall yang ada section petite. senang. haha.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya brapa ketinggian gadis petite ikut ukuran org asia sbnarnya? Terutama yg asia tggara ni? Sbb selena gomez ni tgi cm 164++ gituh lbh kurg. Asian bwh 160cm kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2016 04:13 PM | Show all posts
mujer_in_espejo replied at 24-2-2016 03:51 PM
Sebenarnya brapa ketinggian gadis petite ikut ukuran org asia sbnarnya? Terutama yg asia tggara ni?  ...

Iya.. Selena Gomez 5' 5, 163 cm.. kalau asia bawah 160.
Maaf, guna gambar Selena Gomez sekadar gambar hiasan sebab kat sana dia nampak kecik molek orangnya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang kawan tu jenuh cari kasut size 4, manjang takde so jarang lah beli kasut. Kalau jumpa kedai kasut mana2 ada size tu mesti cepat2 inform dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.213126 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list