View: 2593|Reply: 1
|
Haram Panggil Suami Isteri Panggilan Abi-Ummi?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Selalu kita dengar paggilan yang digunakan untuk suami isteri ini. Jika bukan sayang, ayang atau honey hubby dan juga baby.
Tetapi ada juga yang memanggil dengan panggilan yang anak-anak biasa gunakan seperti mama, papa, ibu, ayah dan lain-lain.
Namun, kenapa haram memanggil suami isteri dengan panggilan abi dan ummi ini?
Membiasakan diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang (Humairaa) merupakan hal yang lumrah dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW kerana Baginda memanggil isterinya dengan panggilan ya humairaa yang bererti “sayangku”.
Memanggil pasangan dengan panggilan abi-ummi ini tujuannya memang baik, namun tahukah anda jika kita tidak memahami maknanya secara keseluruhan, hal tersebut boleh menjadi fatal dan diharamkan.
Dalam kitab Ar-Raudhatul Murbi’ Syarah Zadul Mustaqni’ juzud 3/195, menjelaskan tentang bab memanggil pasangan “dan dibenci memanggil salah satu di antara pasangan dengan panggilan khusus yang ada hubungannya dengan mahram, seperti isteri memanggil suaminya dengan panggilan ‘Abi’ (ayahku) dan suami memanggil isterinya dengan panggilan ‘Ummi’ (ibuku).”
Jadi, berapa ramai yang 'terlanjur' memanggil dengan panggilan yang diharamkan?
Perlu diketahui juga, bahawasanya ada hadis yang meriwayatkan tentang tata cara memanggil kepada pasangan. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanadnya dari Abu Tamimah Al-Juhaimi, “Ada seorang lelaki yang berkata kepada isterinya, ‘Wahai Ukhti!’ Lalu Rasulullah SAW berkata, ‘Apakah isterimu itu saudarimu?’ Lalu beliau membencinya dan melarangnya.” (HR. Abu Daud: 1889). .
Namun meskipun belum ada dalil yang tegas tentang larangan memanggil dengan kata “abi” dan “ummi” pada pasangan, sebaiknya kita menghindari pemakaian panggilan tersebut, kerana khuatir kita berada dalam hal yang tidak disukai oleh Rasulullah SAW. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
| |
|