Oleh Adib ZA
Ramai yang berkata 'customers always right' dan peniagalah yang harus menanggung segala-galanya jika berlaku kesilapan.
Ya, ada benarnya kenyataan itu. Tapi bagaimana dengan peniaga yang baru sahaja meningkat naik, yang baru melabur modal dan perniagaannya taklah sebesar mana pun.
Mereka ini, perlukan sokongan sebenarnya, janganlah kerana kita bayar dengan sedikit kita nak 'demand' macam-macam.
Namun, berbeza dengan status yang dimuat naik ini, netizen ini memberi semangat dan juga motivasi kepada para peniaga terutama yang baru nak 'naik'.
Katanya apa sahaja yang dibisingkan oleh pelanggan, jangan sesekali kita pertikaikan.
"elanggan kuat komplen, komplen pong pang pong pang depan orang lain pula tu..
"elanggan yang salah tapi dia kata kita salah, maklumlah kita peniaga kecil..
"elanggan nak ansuran panjang, diskaun tinggi tapi nak servis kita tip top.."
Memang itu antara 'pe el' pelanggan. Namun, adat berniaga, netizen ini menasihati semua peniaga agar diamkan sahaja. Jangan panjangkan sehingga bergaduh atau melakukan pertikaian macam-macam.
Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)
Sebenarnya, nasihat ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Bukan semua orang akan faham dengan apa tindakan atau sikap kita.
Kita pula tak boleh salahkan orang jika mereka tak memahami kita. Oleh itu, lebih baik kita berdiam, kerana mendiamkan diri itu lebih baik. - CARI Infonet
|