View: 11317|Reply: 106
|
[Tempatan]
Syor Untuk Halalkan Ganja, Wajar Kata Pengasih
[Copy link]
|
|
Syor Untuk Halalkan Ganja, Wajar Kata Pengasih
Posted on February 18, 2016 by Editorial|
Kuala Lumpur – Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menyokong syor akan pihak kerajaan mengkaji semula kesalahan penggunaan marijuana atau ganja di kalangan masyarakat di negara ini.
Presidennya Datuk Mohd Yunus Pathi ketika dihubungi SuaraTV berkata kesalahan menghisap ganja tidak wajar diambil tindakan sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak memudaratkan.
“Secara peribadi saya tidak bersetuju untuk menghalalkan penjualan ganja, namun saya bersetuju supaya mereka yang menghisap ganja tidak didakwa sebagai kesalahan jenayah.
“Kalau ada yang nak menghisap ganja biarlah mereka hisap, ini kerana menghisap ganja bukan satu perkara yang serius yang boleh diklasifikasikan sebagai sangat merbahaya,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Menurut Mohd Yunus lagi, majoriti negara yang menganggotai TPPA turut menyifatkan pengunaan ganja sebagai tidak merbahaya dan tidak meletakkan ia sebagai kesalahan jenayah.
“Saya difahamkan majoriti negara di bawah TPPA meletakkan ganja sebagai bahan yang tidak mudarat dan mereka yang menghisapnya tidak dihukum.
“Macam arak ia ada dijual tetapi bukan semua orang minum arak, begitu juga dengan judi dan penjualan nombor ekor ia dijual secara terbuka kerana tidak semua yang bermain judi” ujarnya pula.
Terdahulu Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli ketika membahaskan usul mengenai meningkatkan undang-undang dadah pada sidang Parlimen Belia semalam mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula peruntukan undang-undang berhubung pengunaan ganja.
Menurut wakil dari Selangor itu golongan muda tidak menganggap ganja sebagai dadah dan menegaskan isu ketagihan ganja di negara ini hanya menyumbang lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.
Laporan berhubung isu tersebut kemudiannya ditweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang disifatkan sebagai tanda sokongan terhadap syor yang dikemukakan itu. – SuaraTV.
|
|
|
|
|
|
|
|
waaaahhhh
dah nak jadi kenyataan
what a time to be alive |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum penanaman ganja dilesenkan.. baik buat persediaan menanam pokok ganja secara fertigasi sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
mana pergi komen aku?... ka thread lain isu sama.....
|
|
|
|
|
|
|
|
So dah sign tppa kena halalkan ganja pulak? Lepas ni apa lgi nak halalkan? Pelacuran? Mat rempit? Bodoh sial betul otak2 org ni. Ganja merosakkan manusia, kau pulak nak kasi rakyat merosakkan diri sendiri. @dizeck @rashiman @Simunggu ni yg kau kata umngok nak lindungi meleiz?? Bangsat !: |
|
|
|
|
|
|
|
Ada org ckp ganja can heal cancer |
|
|
|
|
|
|
|
cannabis oil....... utk dimakan.... bukan hisap
minyak nie juga berkesan utk rawatan sawan
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak U ramai hisap weed.
Kawan aku blaja kat SBP tahun 80an pun dah memang berjinak2 dengan weed dengan geng2 heol.
Kesimpulannya:
Budak pandai ramai hisap weed. |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 18-2-2016 07:44 AM
Ada org ckp ganja can heal cancer
Decrease tumor cell |
|
|
|
|
|
|
|
Aku teringin nak masak asam pedas letak daun ganja yang hijau2 tu.......instead of letak daun kesum......kalau legalize macam2 menu aku dah plan.....salad ganja with salmon slice...... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tetiba i teringat the Opium war kat HK ???
tapi mereka belajar secara berkesan daripada peristiwa itu , kan? |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata fatwa ya, sebab bahan memabukkan , dalam konteks ini where is the line?
sebab pada saya kena fikir teliti jugak ni.
kesannya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Di Brentford water &esteem museum tu banyak wild opium tumbuh merata. Bunganya lebih kurang sebenar lengan baby.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow rajin u jadi tour guide i ...haha
i tak ada masa le berjalan jalan - i suka park je - i love greenwich ...u know i baru jejak british museum last year je, i belum lagi pi nat his museum or albert and victoria not even science museum pun lagi...
hmm....tengoklah kalau ada masa
my fave is regent's park jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
i am sure you dah pi kew garden kan , how nice.
|
|
|
|
|
|
|
|
penagih2 ganja kesemuanya gigi buruk..
macam tak pernah jumpa penagih ganja yang gigi nampak macam gigi..
uols yang kengkonon pernah hisap ganja tapi tak ketagih jangan nak propa sangat..
kalau hisap sekali dua memang lah tak ketagih.. cuba ko layan hari2 macam rokok tu..
tak ketagih kepala hotak laaaa..
bila hisap ganja kepala high je erophia kekdahnya.. bawak kerta ke laut.. langgar orang atau kereta lain yang tak bersalah, lagi banyak cerita..
dah dah.. korang layan ketum pun macam orang mabuk todi.. ne lagi nak legalkan ganja, tambah lah pemalas belia malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE replied at 19-2-2016 04:50 AM
penagih2 ganja kesemuanya gigi buruk..
macam tak pernah jumpa penagih ganja yang gigi nampak mac ...
Yg gigi buruk tu syabu agaknya, ganja semua gigi cantik2.. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
yup, kita tak pernah belajar kan dari sejarah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Menutuh tawanan perang halal, hisap ganja harom! Hahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti buatla petaling street tu mcm red area amsterdam boleh kongkek,boleh amik ganja marijuana bagai,legalized all those..korang nak sgt kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|