View: 2446|Reply: 2
|
Mengapa Anak Terlebih Manja? Inilah Puncanya
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Apabila anak mula menjadi kuat mendesak, merengek, pentingkan diri sendiri dan tak mahu bertolak ansur ini menunjukkan anak tersebut menjadi terlebih manja.
Ibu bapa yang sering mengalah dan memenuhi permintaan anak-anak manja ini pasti akan menyusahkan mereka di kemudian hari.
Anak manja jika tidak dikawal akan menghadapi kesukaran dalam kehidupan apabila dewasa, iaitiu kerjaya, hubungan cinta suami isteri dan persahabatan.
Anak manja ini sebenarnya berpunca daripada ibu bapa sendiri. Inilah tabiat ibu bapa yang menjadi sebab utama mereka manja.
1) Anak adalah segalanya
Terlalu mengiut permintaan dan kehendak anak-anak.
2) Tidak memuji perlakuan baik si anak
Apabila sering memarahi tanpa memuji dan memberi kata-kata positif, anak-anak mulalah akan rasa diri tidak dihargai. Boleh jadi mereka akan memberontak dan manja terlebih.
3) Menghentikan tangisan dengan 'hadiah'
Apabila anak menangis tak berhenti, ibu bapa pasti mencari jalan untuk menghentikannya. Mulalah memberi sesuatu hadiah atau telefon sebagai ganti tangisan mereka. Seharusnya jangan lakukan sebegini, mungkin dengan belaian dan pelukan ia lebih baik.
4) Kerap 'memberi pertolongan'
Si ibu atau bapa kepap menolong mereka pakaikan kasut, kemaskan mainan, pakaikan baju, suapkan makan dan sebagainya. Mungkin kita ingin melakukannya dengan cepat, sebenarnya ia membuat mereka tidak berdikari.
5) Tak libatkan anak dengan kerja rumah
Anak perlu dididik sejak usia awal 2 tahun. Ajarlah mereka bermula dengan masukkan baju ke dalam bakul. Lama kelamaan, ia melatih anak-anak menjadi berdikari dan bertanggungjawab. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2aku pelik kejap suruh jgn desak budak2. Tp kalau ikut ckp budak pulak nnt budak manja pulak |
|
|
|
|
|
|
|
My nephew anak yatim, ayah dah meninggal.
At the age of 9, dia still panggil mak dia atau mak saya utk cuci lps buang air. Nak air ke mkn ke, jerit je nnt sampai la makanan org hantar. Terlampau ikut kemahuan, hanya disbbkan dia anak yatim. Kami nak marah pon tak blh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|