|
Oleh Izzah Abbasy
Siapalah tidak menginginkan anak perempuan. Anak perempuan bukan sahaja boleh menjadi teman kita, malah boleh membantu kemas rumah dan di dapur.
Bak kata orang, anak perempuan akan menyerikan lagi sesebuah keluarga yag dibina. Tetapi, jika tiada rezeki memiliki anak perempuan, janganlah pula salahkan takdir tau!
Jika berkeinginan anak perempuan, orang-orang tua pesan, selalu-selalulah pegang, belai atau jaga atau tatap wajah anak orang lain. InshaAllah 'melekat' katanya.
Penulis tertarik dengan wajah adik Harshaali Malhotra yang baru-baru ini berlakon dalam filem Bajrangi Bhaijaan bergandingan bersama Salman Khan. Kanak-kanak perempuan yang cantik dan lembut sahaja wajahnya. Bakal-bakal ibu bolehlah tatap wajah-wajah anak perempuan yang disukai. Mana tahu, ada rezeki dapat anak perempuan pula.
*Ini adalah salah satu tip untuk dapatkan anak perempuan. Sebenarnya banyak cara lain untuk dapatkan anak perempuan. Ia terpulang kepada diri anda sebenarnya. - CARI Infonet
|
|