CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11406|Reply: 105

[Tempatan] Ridhuan teh lebih berminat dgn anu pemilik rayani air

[Copy link]
Post time 17-2-2016 04:07 AM | Show all posts |Read mode
'ALLAH BERSAMAMU RAYANI AIR MESKIPUN TIDAK BERSUNAT' - RIDHUAN TEE
Posted by: Chief Editor Posted date: 4:42 PM / comment : 0



KUALA LUMPUR - Pensyarah dan penceramah bebas, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, memuji syarikat penerbangan baru Rayani Air yang berani memberikan perkhidmatan patuh syariah meskipun pemiliknya bukan beragama Islam, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, pemilik Rayani Air lebih memahami budaya dan kehidupan masyarakat di negara ini walaupun ada pihak yang mendakwa syarikat itu cuba mengaut keuntungan menggunakan agama Islam.

"Mungkin ada yang berkata ini hanya wayang sahaja bagi mendapat keuntungan. Pada saya wayang pun wayanglah, sekurang-kurangnya dia ada hati dengan Islam, cukuplah. Daripada berkawan dengan ultra kiasu sekian lama tetapi makin tegar dan kuat menentang Islam," katanya mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Dalam masa yang sama, beliau turut memuji ketegasan negara Brunei yang melaksanakan konsep patuh syariah pada syarikat penerbangan negara itu berbanding Malaysia yang tidak bertegas dan membiarkan sesetengah pihak 'naik kepala'.

Menjawab mengapa syarikat bukan Islam perlu patuh kepada kehendak syariah, ini jawapan beliau:

1. Malaysia adalah negara Islam. Islam agama Persekutuan. Ia harus dihormati oleh semua pihak. Islam memang menghormati agama lain asalkan ia tidak menganggu kita.

2. Ajaran agama apakah di dunia yang menghalalkan wanita berpakaian seksi, menghalalkan arak, judi dan lain-lain lagi. Hina sungguh sesuatu agama itu jika ada yang menghalalkan perkara di atas, yang amat ditegaskan dalam Islam. Jika kita mengakui agama kita hebat, maka sokonglah Rayani Air. Jika tidak, hina sungguh kita.

Jangan seperti ultra kiasu, kerana mahukan produknya laku dan laris, maka dijenamakan dengan nama-nama yang kelihatan Islamik, sedangkan cara pembuatan dan pemprosesan tidak menepati kehendak syariah. Misalnya, bihun kotor ditulis dengan tulisan jawi, cap masjid dan macam-macam nama Melayu Islam.

3. Jika berpakaian seksi itu dibolehkan, kenapa bila duduk terkangkang kerusi kenderaan awam, perlu dirapatkan pahanya. Biarkanlah terbuka. Saya difahamkan pada asalnya pakaian pramugari tambang murah itu skirtnya sampai ke lutut. Tetapi bila tiba kepada pramugarinya, bukan sahaja disingkatkan, malah dibelah lagi.

4. Isu pramugari menangis kerana pakaian seksi dan melayan arak sudah lama diadukan pada saya. Kes Dr Maza, kira kes baharu. Wahai Melayu yang duduk di syarikat tambang murah, buka mata hati mu. Jangan buta.

5. Kenapa tidak mengambil pengajaran pesawat terpaksa berpatah balik, gara-gara penumpang mabuk. Jika arak itu baik, suruhlah sahaja pilot minum dahulu. Kenapa pilot diperiksa bebas daripada arak dan dadah sebelum memandu pesawat.

6. Pelancong datang bukan nak minum arak, tetapi melihat negara, budaya dan cara hidup kita. Kualiti arak mereka jauh lebih baik daripada kita. Yang kita hidangkan pun adalah arak yang diimport daripada mereka. Kenapa hidangkan minuman mereka, bukan minuman kita? Hidangkanlah sirap dan cendol.

7. Sama juga membuat pertunjukan rock, R&B, dan lain-lain budaya Barat kepada pelancong. Bukankah sepatutnya, inang, zapin, keroncong, caklempong dan lagu etnik Cina dan India, Sabah dan Sarawak. Kenapa terhegeh-hegeh dengan budaya asing. Malah bangga lagi. Dalam hati pelancong sudah tentu tertawa, bodoh sungguh kita.

8. Apa sebenarnya identiti Malaysia, saya masih tercari-cari. Kita sudah menjadi lebih Barat dari Barat, sehingga tidak mustahil jadi keparat. Justeru, bangunlah wahai pemimpinku! Kembali identiti negara ini yang berpaksikan kepada Islam tanpa menafikan hak orang lain dalam demokrasi.

"Akhir sekali kepada Rayani Air, Gua caya sama lu. Terbanglah setinggi yang kau mahu. Saya yakin penumpang akan rasa selamat. Aku tetap akan memilihmu. Allah bersamamu meskipun tidak bersunat," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

http://www.thehypemedia.com/2016 ... i-air-meskipun.html



yahudi juga bersunat     

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 04:32 AM | Show all posts
bajet good2 jah senarai doktor plagiat nihh... sampai ke penis org disibukkannya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 06:56 AM | Show all posts
Rayani air tak bersunat?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi contoh Brunei.hahaha.loserrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:23 AM | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 17-2-2016 07:19 AM
Bagi contoh Brunei.hahaha.loserrr

siapa cakap?....brunei ada 1 negara....engkau ada? negara melayu? negara jawa? negara bugis? negara bajau? negara kadazan?

negara china, india, paki, bangla, pilipin, jepun ...ada...tabik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko Ada pilak.have fun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 07:31 AM | Show all posts
nk mintak kje ke cinapek ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 08:21 AM | Show all posts
4. Isu pramugari menangis kerana pakaian seksi dan melayan arak sudah lama diadukan pada saya
mmm......... ada org paksa munafik tu jadi pramugari kaa?   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 10:14 AM | Show all posts
wayang pon wayang lah katanya?
bodoh punya statement
mcm munafik ckp
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu cancel flight and delay flight sejak incident di langkawi aritu..banyak yg bengang dgn service RN ni....promosi over....tamak bukak route banyak2...tapi fleet dua bijik jer....hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 10:25 AM | Show all posts
peralat agama utk tarik perhatian public gunakan perkhidmatan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh aplikasi kan stetmen ni pd suria



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
beli tiket xnk ada moksie... flight cancel tukar ke flight ada moksie

ke canne
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sebenarnya identiti Malaysia, saya masih tercari-cari. Kita sudah menjadi lebih Barat dari Barat

- ke arah banglasia
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 17-2-2016 10:25 AM
peralat agama utk tarik perhatian public gunakan perkhidmatan mereka

Sama la dgn perti PIS yg ko puja dulu tu lobai, peralatkan agama untuk tarik perhatian ummah undi parti dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
xyahlah sunat utk generasi baru... Allah  also with you.. if you did good deeds .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain tu ok except emphasise tang sunat mcm tak kena...buat lawak yg tak lucu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:11 PM | Show all posts
depa kata rayani air ni kolaborasi antara seorang businessman keling dgn si badak gemok pendek katik rosmah mansor...betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bodek utk ganti Haron Din ke apa....lembaga penasihat syariah ....lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
I have a bad feeling about this airlines
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.549674 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list