CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34738|Reply: 306

[Tempatan] {1}TERKINI: 4 sekawan yg ilang semasa cuti maut dek kereta tenggelam post 65!

[Copy link]
Post time 17-2-2016 03:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 17-2-2016 12:02 PM

16/02/2016 11:39pm

JOHOR BAHRU - Empat sahabat yang dalam perjalanan bercuti ke Terengganu dilaporkan hilang sejak keluar dari rumah masing-masing di Taman Seri Alam di sini pada Rabu lalu.

Keempat-empat mereka ialah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa, kesemuanya berusia 21 tahun.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, kesemua mereka keluar dari rumah pukul 9.30 malam menaiki sebuah kereta Honda Accord.

"Kesemua mereka gagal dihubungi melalui talian telefon bimbit masing-masing lebih kurang dua jam setelah bertolak dari Seri Alam sehingga kini.

"Kesemua mereka masih belum dapat dikesan sehingga kini dan pada peringkat ini tiada sebarang maklumat yang boleh menjurus berkemungkinan ada kaitan dengan unsur jenayah," katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin, kesemua mereka dipercayai melalui jalan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke lokasi percutian di Terengganu yang masih belum diketahui lokasinya secara tepat.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa di Balai Polis Seri Alam di sini semalam dan kes disiasat di bawah orang hilang.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran  atau melalui hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222.

Sementara itu, ibu kepada Abu Izzani, Molek Mohd. Yusoff, 50, berkata, anak bongsu dari tiga beradik itu memberitahunya untuk pergi ke Terengganu bersama ketiga-tiga rakan yang dikenali sejak kecil itu selama empat hari.

"Menurut ahli keluarga salah seorang rakan anak saya yang juga hilang, mereka sepatutnya menjemput seorang lagi sepupu rakan anak saya di Kuantan.

"Bagaimanapun, sehingga kini anak saya dan juga rakan-rakannya gagal dihubungi. Saya harap kesemua mereka dapat ditemukan dalam keadaan selamat," katanya.

Menurutnya, anaknya itu merupakan penuntut di Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) Bandar Seri Alam di sini manakala Nik Syakir Zufayri di Institut Sains Darul Takzim (Instedt) Bandar Penawar, Kota Tinggi;  Muhammad Asyraf di Akademi Saga, Shah Alam sementara Luqman bekerja di sebuah pasar raya di Plentong di sini.  K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_32.htm#ixzz40ML7LkFq
Hakcipta terpelihara

p/s tak faham la budak skrg...destinasi percutian pun taknak bagitau org terdekat...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2016 03:05 AM | Show all posts


Keempat-empat mereka ialah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa, kesemuanya berusia 21 tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bercuti ke terengganu atau ke thailand?

Harap harap pulang dengan selamat keluarga risau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 03:20 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 17-2-2016 03:07 AM
Bercuti ke terengganu atau ke thailand?

Harap harap pulang dengan selamat keluarga risau

tu ar psl...aku pun nak ckp benda sama...
tgk passport tau la klu gi seberang...

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
KanDah menyusahkan family
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:43 AM | Show all posts
ke masing2 xmau diganggu..sbb2 ttg hset

atau..

excident jatuh gaung kut...minta diajuhkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
G pulau pastu takde coverage kot...masuk utan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Smoga mereka ber4 slmt ditemui..misteri sungguh kes ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif bebudak still blaja dah start pi vacation bagai? Advance oo bebudak zaman skarang. Ngan x btau detail nak pi mana lagi plak tu. Mak ayah pun redha n percaya ja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Normal je waktu blaja g vacation..aku siap g korea jepun bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 17-2-2016 05:43 AM
ke masing2 xmau diganggu..sbb2 ttg hset

atau..

Harap2 mereka selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 06:49 AM | Show all posts
Takziah empat sekawan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 07:06 AM | Show all posts

takziah?  kenapa takziah ek? ko ada info laen ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
skinsandstars replied at 17-2-2016 06:22 AM
Motif bebudak still blaja dah start pi vacation bagai? Advance oo bebudak zaman skarang. Ngan x btau ...

Bebudak belajar tak leh g bercuti ke? Stress nya kalau gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:35 AM | Show all posts
menyusahkan semua.....hadoi...ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Trus teringat kes anak penulis dulu pun hilang sampai sekrg x jumpa...jumpa kereta je org dh xde... Kabar angin lari ke siam konon takut famili tau cinta sejenis...apapun semoga semua selamat...jgnla buat makbapak risau mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 08:25 AM | Show all posts
ke mana pulak pegi nya ramai2 hilang ni..
semoga baik2 semua nya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 08:27 AM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 17-2-2016 03:05 AM
Keempat-empat mereka ialah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan  ...

lebih kurg je muka dorang ni..btl2 bff neh...
kemana la gamaknya depa ni..
moga selamat

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 08:50 AM | Show all posts
masuk alam laen? misteri ke 2 selepas MH370.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik gak ni..kot x de coverage x kan salah sorang x de usaha nk kontek famili
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081523 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list