CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3788|Reply: 7

[Tempatan] Proton memperkenalkan logo serta tagline baharu.

 Close [Copy link]
Post time 16-2-2016 11:38 PM | Show all posts |Read mode




Logo baru (kiri) dan logo lama (kanan).

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd melancarkan wajah baharu dan inisiatif berfokuskan pelanggan dalam usaha penjenamaan semula syarikatnya.

Pengeluar kereta nasional itu mendedahkan logo baharunya pada Selasa dan tagline -  It’s in the drive!

Logo hitam dan putih baharunya itu adalah hampir sama dengan logo terdahulu, tetapi perkataan 'Proton' telah dikeluarkan dan lambang harimau diperbesarkan.

Dalam kenyataan akhbarnya, syarikat itu berkata ia menyedari kejatuhan angka jualan dan pasaran saham, dan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk meningkatkan persepsi terhdap jenamanya.

Proton berkata langkah itu akan memberikan kesegaran terhadap logo korporatnya dan pengalaman baharu kepada pelanggan Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Abdul Harith Abdullah berkata inisiatif baharu itu bukan sahaja melibatkan perubahan logo tetapi termasuk janjinya bahawa tumpuan syarikat adalah terhadap pelanggan.

"Kami tidak memenuhi jangkaan pelanggan dengan cara kami berurusan dengan pelanggan-pelanggan kami dan pengurusan Proton sedang berusaha keras untuk turun padang bagi memantau apa yang pekerja kami lakukan," kata Abdul Harith.

Syarikat itu juga menyasarkan untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan dan memberikan pengalaman yang lebih baik dengan mengadakan aktiviti dan sesi pertemuan dengan pelanggan berpotensi dan sedia ada.

"Kami tidak boleh hanya duduk dan menunggu orang ramai untuk menyokong dan membeli kereta kami," kata Abdul Harith.

Proton turut melepaskan baru Pasukan Bantuan Kerosakan Bergerak 24 Jam yang akan menyediakan pelanggan dengan bantuan di jalan raya dan penyelesaian masalah kenderaan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di seluruh negara.

"Hubungan syarikat dengan pelanggan diutamakan," kata Proton.


http://www.mstar.com.my/berita/berit...-tagline-baru/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2016 11:40 PM | Show all posts
Calling macai proton high performance. @peynoLegend
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:44 PM | Show all posts
  1. ..........menyediakan pelanggan dengan bantuan di jalan raya dan penyelesaian masalah kenderaan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di seluruh negara.
Copy the Code

ye lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 12:20 AM | Show all posts
sendunya logo...iols prefer kalau dia buat 3D, buang skali perkataan 'proton'
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
thread dah ada
booooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Its in the shit.
Nais
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Better rombak logo rimau tu skali.
Seriusly rimau tu nmok cengkung pipi dia menggambarkan rimau tu kurus kering.
Mata rinau tu xgarang..mcm rimau tua.mata kesian.

Serius tp..apederhal protin mana nk kisah semua tu. Y dlm tu pun tua2 dan kbnykkn bebal2
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.084175 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list