Video yang sedang tersebar luas ini adalah rakaman ketika si ibu, Joy Ganda Vibar-Almares sedang meratapi kematian anaknya, Trebby yang berusia 7 tahun. Sebiji belon putih tiba-tiba bergerak secara perlahan-lahan ke arah beliau, serta mendekati dan mengelilinginya. Setelah beberapa lama, belon itu berhenti bergerak dan kekal berada di sisi Puan Joy hingga menimbulkan rasa pelik kepada para pengguna media sosial. Waktu rakaman adalah hari ke-40 selepas kematian Trebby. Dikatakan belon itu adalah sebagai tanda 'pelukan terakhir' si anak untuk meredakan kesedihan ibunya, dan ada juga yang berpendapat belon itu bergerak kerana keadaan statik elektrik dan peredaran udara di dalam bangunan itu.
Bagaimana pula pandangan anda?
Personally, walaupun ai susah nak percaya tapi kalo kejadian ini untuk meredakan dan memberikan ketenangan kpd ahli2 keluarganya, siapalah ai untuk menafikannya. Simpati untuk semua ibu bapa yg kehilangan anak2 mereka terutamanya yg masih kecil.
Post time 16-2-2016 10:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seram lak akak tgk... Tapi akak percaya ianya petunjil dari Alloh, mungkin Alloh izinkan arwah memberikan ucapan selamat buat kali terakhir sebelum diangkat ke alam barzah....
Mungkin ada betul gak kata2 akak tuh. Tengok muka si ibu mcm kesedihan yg tak tertanggung...
Barangkali dgn izin Tuhan, belon putih tu adalah petanda bahawa anaknya akan baik2 saja di sana~ Si ibu tu kemudian mcm rasa tenang sikit.
Touching nya.. sedih..tak terbayang kalau ttbe kehilangan anak sendiri lagi2 masa usia kanak2 camnie.. maybe petunjuk jugak dari Allah, yg dia akan baik2 saja on the other side.. at least dpt tenangkan mak dia and family members yg lain