Teringin nak makan ketam goreng telur masin tapi disebabkan kepenatan bekerja malas pula nak menyinggah ke restoran Cina Muslim. Tidak mengapa, orang kata kalau masak sendiri lagi puas hati. Kalau makan kat restoran pun paling kurang RM100 mesti habis.
Asalkan ada bahan-bahan yang cukup, ada minyak masak, ada kuali semuanya boleh jalan. Jom kita masak ketam goreng telur masin, apa-apa pun pastikan rebus telur masin sehingga masak terlebih dahulu.
Bahan bahan
Telur masin direbus
Daun kari (maaf dah layu sikit )
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih pun tak apa)
Gaul ketam dengan tepung jagung
Dan goreng hingga masak.
Ok ketam dah siap digoreng.
Panaskan butter,masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi
Masukkan susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.
Masukkan telur masin sekali
Masukkan ketam yang sudah digoreng.
Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi
Ok siap! Boleh panggil mak ayah, suami dan anak ajak makan malam. - CARI Infonet.
Wah..sedapnya, haritu baru je tengok resepi ketam masak cili ala cina dekat icookasia. Kali ni resepi ketam masak telur masin pulak..Tak sangka ketam boleh masak pelbagai ye..hehe..Thank youuu