CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2313|Reply: 5

Ustaz Kongsi Kisah Dua Kali Diganggu Makhluk Halus

[Copy link]
Post time 15-2-2016 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ultramantujuh at 15-2-2016 05:13 PM




Seringkali kita mendengar kisah-kisah gangguan makhluk halus. Tak dinafikan ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya apabila mendengar kisah-kisah ini.

Namun bagi mereka yang pernah merasai sendiri pengalaman diganggu oleh makhluk ini, sudah tentu pengalaman menakutkan itu tidak boleh dilupakan.


Menerusi laporan yang dikongsi oleh Sinar Online yang menceritakan bagaimana dua individu berkongsi kisah bagaimana mereka diganggu oleh makhluk halus.

Hantu tumpang kereta

Seorang Ustaz, Shahrun Nizan Othman berkata dia pernah diganggu sebanyak dua kali ketika melalui laluan alternatif menghubungkan pekan Kuala Ketil dengan Sik.

Menurut beliau, pada kejadian pertama, gangguan itu dirasai ketika melalui jalan tersebut selepas taman latihan marhaban di sebuah masjid di Sik.

Tambah beliau, ketika itu dia pulang bersendirian dengan kereta selepas jam 12 tengah malam dan diganggu ketika melalui satu selekoh berhampiran kawasa berbukit.

“Waktu itu jalan berkenaan masih baru dibuka, sedang dalam perjalanan, saya terasa seperti ada yang menumpang di tempat duduk belakang, dari pandangan cermin hadapan kereta saya ternampak kelibat sedia olah-olah berbentuk manusia, namun samar-samar.

“Untuk pastikan apa yang saya nampak ketika itu, saya cuba menoleh ke belakang ,namun baru hendak toleh tiba-tiba leher saya keras,”katanya.

Lebih dari itu, kelibat yang dirasainya itu turut bertindak menghulurkan tangan di sebelah pipi kirnya sambil membuka dan menggenggam tangan beberapa kali.

“Saiz tangan itu seperti orang dewasa dan warnanya hitam, saya yang berada dalam situasi itu segera membacakan ayat al-Quran dari surah Al-Baqarah.

“Dengan bacaan secara taranum dan suara yang kuat, gangguan itu kemudiannya tidak lagi dirasainya sepanjang perjalanan ke rumah,”katanya.

Untuk kejadian kedua pula, Shahrun Nizan berkata ia berlaku sebelum selepas kejadian itu.

Menurut beliau, kejadian kedua itu berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika dia pulang menaiki motosikal selepas mengajar anak-anak jemaah membaca al-Quran di masjid.

“Tiba di satu lokasi berlainan dari kawasan pertama saya diganggu, motosikal saya menjadi berat dan semakin sukar ditunggang.

“Lebih menghairankan saya waktu itu, terdapat cebisan kain berwarna putih pudar berkibar-kibar di bahagian motosikal saya seolah-olah saya memakai pakaian labuh yang terkena tiupan angin,”katanya sambil menambah dia kemudian terasa pelukan seseorang dari arah belakang menyebabkan di sukar bernafas.

“Saya cuba sekuat hati membaca ayat-ayat suci al-Quran dan kemudiannya menjerkah makhluk itu.

“Selepas membaca, saya jerit dengan sekuat hati “ Jangan kacau aku!” dan secara pantas gangguan itu hilang dan tidak lagi dirasai,”ceritanya.

Bagaimanapun Shahrun berkata, biarpun apa yang berlaku, rutin hariannya tidak terjejas kerana kuasa Allah adalah lebih besar dari segala-galanya.



sumber : Siakapkeli/ Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
"sambil menambah dia kemudian terasa pelukan seseorang dari arah belakang menyebabkan di sukar bernafas...."

hantu miang dizaman hidupnya mesti gro takpun chinadoll
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 10:23 AM | Show all posts
tengok gaya tangan ustaz tu pun dah ngeri, tah tah tangan depa sendiri kot haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:40 AM | Show all posts
Makhluk halus tu jin
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 10:51 AM | Show all posts
Jangan ingat Ustad je.. x kena kaco hantu.. dorg pon mnusia biase gak.. ada mase antu tu nak test power.. hehe.. gurau je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 11:56 AM | Show all posts
muka ostad ni tak de "nur"
sori kalau salah pandang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.073145 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list