CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3314|Reply: 11

Kenapa 'Bangla' Jua Yang Jadi Rebutan?

[Copy link]
Post time 15-2-2016 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA






Kemasukan ramai pekerja asing ke negara ini seperti Bangladesh, Indonesia dan Nepal dilihat memberi banyak reaksi dan juga konotasi negatif di kalangan masyarakat.



Mereka dilihat kurang menyenangi dengan kelibat warga asing yang semakin memenuhi ruang negara. Malah, tindakan kerajaan yang dikatakan ingin membawa 1.5 juta tenaga pekerja dari Bangladesh dilihat menutup periuk nasi rakyat sendiri. Begitulah pandangan ramai orang.



Bagaimanapun, seorang netizen tampil dengan nukilan yang memberi mesej mengingatkan orang ramai, mengapa warga asing seperti Bangladesh ini lebih menjadi pilihan?


"Kenapa Bangla Jadi Rebutan?" soalnya.



Terdapat 9 faktor yang dinyatakan, sekali imbas seperti sindiran yang tak berasas.



Namun, hakikatnya, sindiran itu mengandungi maksud yang memaparkan kelemahan tenaga kerja orang muda kita yang tidak memiliki disiplin, komited dan juga kerajinan seperti "Bangla".



"Budak kita gheja 2 minggu sibuk nak mintak naik jadi supervisor."


"Budak kita kena minum teh baru depa ada tenaga nak gheja. Dalam satu hari depa kene berenti minum teh tarik 20 kali."



Itu antara sikap orang kita yang netizen ini beri penekanan. Perbezaan sikap ini menunjukkan bagaimana masyarakat bersikap memilih kerja, malas dan tak mahu berusaha.


Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)



Sebab itu banyak pihak terutama pengusaha perniagaan lebih suka mengambil 'Bangla' untuk bekerja.



Pandangan negatif ini boleh berubah. Ia bukan statik dan kekal selamanya. Yang penting, adanya kesedaran dari awal lagi untuk bekerja dengan baik.



Bak kata orang, jika anda tukang sapu, jadilah tukang sapu terbaik. Barulah disayangi bos, kerja pun bahagia. - CARI Infonet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 03:50 PM | Show all posts
aku bukan xnk kerja tmpt panas2 ni, tapi kulit aku mmg xtahan panas, boleh jd hitam. bukan aku xnk kerja buruh kasar, tp badan aku mudah berpeluh sampai hilang tenaga tak boleh kerje... overtime? bkn ape, aku rindu kt awek aku, kalau aku buat overtime boleh jatuh demam sbb rindu...

nampak x? semua ni bukan salah aku sbb xnk kerja lasak2, tp semua salah kerajaan sbb xfaham kesusahan rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh buat survey ke berapa ramainya warganegara msia yg sanggup buat kerja 3D tu kt luar negara? Klo drng malas naper majikn luar negara sanggup amik pekerja dr msia?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis yg beratuq panjang pagi2 nak masuk singapore tu sape.?org kite gak yg jadi cleaner kat sane
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bio la...ramai mana yang nak masuk
Diversity kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla ni hebat ... Sagala galanya hebat.. Sbb tu wanita melayu suka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2016 12:19 AM | Show all posts
alinone78 replied at 16-2-2016 12:09 AM
Bio la...ramai mana yang nak masuk
Diversity kekdahnya

tapi respek kan kt bangla2 neh??? tak dengaq lagik bangla masuk pusat serenti pasai telan pil kuda ha hapa kan? kan? kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 09:47 AM | Show all posts
hey jangan kutuk abam bangla saya.
saya suka. saya suka abam bangla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 09:49 AM | Show all posts
korang dengar yg hebat2 je ye. cer kalau korang dgr cerita bangla rusakkan anak dara n janda orang....bini orang pun selamba badak dia pi mintak sex hokey.

tu kat FB viral kes bangla hantar gas rumah perempuan. sblm balik siap mention nak sex sbb perempuan dia dah lari.

sepat lagi tuh kut2 perempuan tu janda ke, bini gersang ke....mana tau rejeki dia kan...kalau tak tanya, tak dpt kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 09:51 AM | Show all posts
kat overseas cam UK.. kerja2 buruh kasar.. ni org sana buat tak?

ke bagi kat pekerja import?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 09:51 AM | Show all posts
estrelle replied at 15-2-2016 08:34 PM
Abis yg beratuq panjang pagi2 nak masuk singapore tu sape.?org kite gak yg jadi cleaner kat sane:lol ...

sana pulusnya lagi besar.
kalau jepun tu dekat sure lagi ramai anak2 muda Malaysia ulang alik mcm g singapore juga tiap2 pagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:42 AM | Show all posts
Bangla nak makan je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060774 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list