CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6591|Reply: 42

Kak Haiza Dag Dig Dilamar Stesten Radio, Nak Tambah List Jadi Dj Syok SenDir?

[Copy link]
Post time 13-2-2016 05:57 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Selepas menamatkan kontrak bersama Best FM, akhir bulan lalu, Haiza mengakui menerima beberapa tawaran daripada stesen radio terkemuka yang ingin mendapatkan khidmatnya sebagai penyampai tetapi masih belum memberi kata putus.


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Dag Dig itu berkata, tawaran yang diberikan sukar untuk dilepaskan memandangkan dirinya sudah mula jatuh dalam bidang itu.


"Memang benar saya menerima tawaran daripada beberapa stesen radio, termasuk stesen penyiaran swasta. Saya sedang mempertimbangkan tawaran yang datang dan belum memberi kata putus.


"Secara peribadi, saya masih berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio kerana sudah jatuh cinta dengan kerjaya itu. Tidak mustahil saya akan kembali ke konti radio apabila menemui pilihan yang terbaik," katanya. Haiza sebelum ini pernah bertugas sebagai penyampai di KLFM dan sebelum menyertai Best FM, tahun lalu. Selepas setahun bertugas di stesen radio yang berpusat di Johor Bahru, Johor itu, Haiza mengambil keputusan berundur untuk memberi fokus kepada keluarga dan kerjaya seninya.


"Saya memang suka bercakap dan kerjaya sebagai penyampai radio semakin sebati dalam diri. Apabila ada stesen radio lain yang berminat memberikan tawaran, sukar untuk saya lepaskan.


"Meskipun semakin mendapat kepercayaan, saya tetap mengutamakan bidang nyanyian. Alhamdulillah, kerjaya nyanyian saya semakin berkembang selepas menyertai Gegar Vaganza 2," katanya.


Haiza berkata, dirinya juga akan kembali ke studio rakaman dalam masa terdekat ini untuk merakamkan single baharu, Tentang Cinta, ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Asfan. Kata Haiza, single baharunya itu jauh menyimpang daripada genre nyanyian dangdut yang sinonim dengannya, sebaliknya Tentang Cinta cenderung kepada muzik rock dan balada. "Asfan ada memberitahu, dia menulis lagu untuk saya. Selepas mendengarnya, saya tertarik dan bersedia merakamkan lagu itu kerana ia memberi warna baharu kepada muzik saya.


"Ia serasi dengan jiwa kerana ketika bertanding di pentas Gegar Vaganza 2 dulu, saya kerap membawakan lagu berentak rock dan balada. Single ini adalah hadiah istimewa saya kepada peminat yang menyokong selama ini," katanya. Haiza berkata, biarpun projek itu baru bermula tetapi ia sudah mendapat perhatian beberapa stesen televisyen yang berminat menjadikan Tentang Cinta sebagai runut bunyi drama yang bakal ditayangkan.


"Alhamdulillah, apabila membuat keputusan untuk kembali Kuala Lumpur, rezeki saya semakin bertambah. Saya juga selesa kerana pada masa sama, dapat memberikan fokus kepada keluarga berbanding dulu," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/124054


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok nextttttt
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lg dj smpah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dag dig dug laa
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyi je lah balik
Kalo lgu ok leh glamer balik
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikot la kak. Asalkan akak bahagia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Meola dgr sheols menDJ kt best fm... okay jah. Bagus lagi sheols drpd dj2 merapu radio era/hot.. tp x taulah klu pindah stesen baru sheols nk kene merapu.

Meols perasan sheols ni suara serak2 yg klu lagi lama bcakap mcm bertambah serak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Apapun bagi meols penyanyi jd deejay radio adalah sgt degrading.

Palinh degrade ialah Adibah Nor.. bekas pemenang AJL tp end up jd dj radio putar lagu sendiri. Tp nk wat camne khuenn, nk hidup..klu x dapur x berasap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 13-2-2016 07:19 PM
Meola dgr sheols menDJ kt best fm... okay jah. Bagus lagi sheols drpd dj2 merapu radio era/hot.. tp  ...

Teringat lagu beliau tahun 2002 dulu....kekasihku belum mandi.
Kat youtube x ada...harap beliau sudi pasang lagu sendiri nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 07:37 PM | Show all posts
dia ok la jd dj best fm
x merapu dan x syok sndri
aku lg bingit dgr hot dan sinar
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dj2 best fm ok..yg hauk era hot sinar (kecuali kak bed)
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu sekolah tingkatan dua ja
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 13-2-2016 07:19 PM
Meola dgr sheols menDJ kt best fm... okay jah. Bagus lagi sheols drpd dj2 merapu radio era/hot.. tp  ...

Btl..die jd dj mmg okay.ber info lah jugak..xlah merapu meraban mengilai kedak ponti smpi pendengar naik meluat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 13-2-2016 07:21 PM
Apapun bagi meols penyanyi jd deejay radio adalah sgt degrading.

Palinh degrade ialah Adibah Nor ...

tak menahan bila sheols buat lawak yang tak lawak lepas tu ketawa macam jin...

I mmg x dgr suria pepagi uols... hazab!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka haiza ni jadi dj takdekla merepek2. Best je. Dia bkn kategori dj syok sendiri, compare dgn dj era , hotfm tu haiza ni jauh la bagus berdeejay nyeeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukaaa jerrr dia ms jdk dj kt bestfm tuuu..mmg x layan dh hotfm pastu..apertah lgk radio lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 12:17 AM | Show all posts
Better dia keje radio kl la
Dia pjj kan dgn laki dia skang

Dok je la kl dah ada peluang depan mata
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kan..iols pon dengar best fm sheol mendeejay ok je..bkn mcm fafau,adi fashla,dina yg syok sendiri tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
So gosipnya...stesen radio mana offer sheols?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 11:39 AM | Show all posts
Ok je dia kat radio johor tu.. Pagi2 layan gak bestfm byk info dan byk lagu.. Dr dengar dj bebel kat hitz era dan suria.. Pening bingitt sama gak hot fm tu.. Dlm 15 min pg2 nk ke tnpt keja  nk dgr satu lg pun payah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083706 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list