CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8647|Reply: 40

Abam Amar BAharin Okey jeer Hubungan Dengan Amyra JAdi BAhan LAwak untuk LAlala

[Copy link]
Post time 13-2-2016 12:28 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin memberitahu dia menghormati setiap skrip yang ditulis biarpun menjadikan hubungan rapatnya dengan pelakon Amyra Rosli dijadikan bahan komedi dalam pementasan teater Zombie La La La.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, berkata, dia memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis skrip berkenaan yang ingin mewujudkan satu elemen gurauan menerusi isu semasa dalam persembahan pentas tersebut.

"Saya seorang yang menghormati skrip dan tiada hak untuk ubah, jika mereka rasa dialog tentang bahawa saya bercinta dengan Amyra itu sesuatu yang boleh mewujudkan elemen komedi apa salahnya, saya reda sahaja.

"Saya faham penulis skrip teater ini ingin mewujudkan unsur komedi yang diketahui umum seperti hubungan rapat saya dan Amyra sering menjadi bahan berita," ujarnya ketika ditemui selepas pra tonton teater Zombie La La La di Panggung Sari, Istana Budaya, baru-baru ini.

Amar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dialog salah seorang pelakon teater Zombie La La La menyatakan bahawa Amyra Rosli sedang hangat bercinta dengannya.

Teater yang diterbitkan oleh CTRA Production itu diarahkan oleh A.Aris Kadir dan penulis skrip Siti Rohayah Attan.

Dalam pada itu, mengulas hubungan tersebut, Amar masih menganggap hubungan rapat tersebut belum lagi menjadi istimewa.

"Setakat ini memang tiada merancang menamatkan zaman bujang dalma masa terdekat, kalau ada jodoh adalah, saya hanya berserah," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang lakonan teater sebelum ini iaitu Tenggelamnya Kapan Van De Wijck yang menerima kritikan, Amar berkata ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba.

Katanya, apa yang penting ialah memberikan yang terbaik seperti yang dimahukan oleh pengarah teater tersebut.



Amar bersama Amy Mastura dan Hafreez Adam dalam pementasan teater Zombie La La La.
"Biasalah kita buat bagus pun orang kritik, inikan pula kalau buat tidak bagus. Bagi saya kita ambil kritikan tersebut daripada sudut positif sahaja.

"Kalau saya fikir banyak sangat sudut negatif semua kerja tidak akan berjalan. Apa yang penting pengarah puas hati dengan lakonan saya," ujarnya.

Amar bakal membawakan watak Kapten Cook dan bersama-sama sekumpulan zombie untuk mencari penawar mengubati wajah mereka yang hodoh.

Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Hafreez Adam, Janna Nick, Siti Saleha, Amy Mastura, Zulin Aziz, Rosnan Rahman dan Mei Fen.

Teater Zombie La La La akan dipersembahan dari 13 hingga 21 Februari ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la kau tak kisah, dah kau tu suka kat dia teater ni dgn adik amyra sekali berlakon. Tahu la satu manager dgn amar :zz
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
So bercinta ke idok depa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org ckp kat i amar ni tak straight ..
sedih plak aku dgr...

Tapi aku tak nak caya .. sbb aku rasa dia straight..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
jantan gedik ni berlakon pipi kembung je. apa ko ni tupai ke duk kembung pipi
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 13-2-2016 05:43 AM
Ada org ckp kat i amar ni tak straight ..
sedih plak aku dgr...


Iols pun rasa heshe coverina jaaa sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 13-2-2016 07:25 AM
Iols pun rasa heshe coverina jaaa sis

Really ?
Oh sedih la macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
acano iols dengar ura2 diorg da tunang? ke iols salah pasangan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 13-2-2016 02:20 PM
jantan gedik ni berlakon pipi kembung je. apa ko ni tupai ke duk kembung pipi

Pipi dia memang kembung...masa dia gemuk dulu lagi kembung...kalau nak bandingkan dia dgn tupai aku lebih rela tgk tupai berlakon dari mamat perasan hensem ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bajet bagus jer si katik ni.jenis muka mintak pelempang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mzz tak boleh tengok langsung muka amar ni. Ya ampunnn amar. Mzz tak tau kenapa muka anda so annoying.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 13-2-2016 02:20 PM
jantan gedik ni berlakon pipi kembung je. apa ko ni tupai ke duk kembung pipi

Pantas ai cari gambar tupai pipi kembung sis. Untuk tatapan bersama






Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:37 PM | Show all posts
Hahhaha..tupai yg kena..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 07:05 PM | Show all posts
Nape ramai tk minat mamt ni...mengutuk je yg ramai....nasib kau lah amar...jgn poyo sudah lah...drp dato hans isacc.......hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Errr I pun x boleh tgk muka dia.Sebab dia macam 1 aura di mana orang akan menyampah bila tgk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 13-2-2016 10:20 AM
jantan gedik ni berlakon pipi kembung je. apa ko ni tupai ke duk kembung pipi


Ko bak sini henfon nombor johari akak nak report
Kemain eh ngate kat org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kannnnn? Macam muka mohon penampar je. Amyra tu talented, boleh dapat lagi ok kot. Dengar2 citer memang nak kawen depa berdua tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 13-2-2016 08:08 PM
Ko bak sini henfon nombor johari akak nak report
Kemain eh ngate kat org

tu metafora jah sis. bukan ngata
kalo johari yang cerca lagi la sis. johari tu mulut macam ponen.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
7slash26 replied at 13-2-2016 05:42 PM
Kannnnn? Macam muka mohon penampar je. Amyra tu talented, boleh dapat lagi ok kot. Dengar2 citer mem ...

Ex tunang dia si dazrin tuh lagi laaaa muka mintak penampar dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 7slash26 at 13-2-2016 10:24 PM
cik_tonggek replied at 13-2-2016 10:18 PM
Ex tunang dia si dazrin tuh lagi laaaa muka mintak penampar dikkk


Ye ke kak sexyback? Awat la taste amyra cam tu.. Tapi oklah dia tak cari anak pamili prominent mahu pun atuk kaya. Cari sesama pelakon jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.153130 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list