saya berpandangan salah satu penyakit yg amat sukar diubati adalah kemarahan bila datangnya sesuatu tekanan ....termasuklah diri saya sendri...dan saya percaya tuan puan diluar sana pun begitu juga.
dalam hal ini rasulullah pernah bersabda "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim)
dalam riwayat lain bahawa rasulullah pernah menjelaskan bahawa kemarahan adalah datang daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api,
berikut saya kongsikan satu video yang saya potong mengenai perkongsian dalam menanggani tekanan dan kemarahan...
Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)