CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4842|Reply: 19

Ella Naik Helikopter Ke "Konsert 30 Tahun" Nanti

[Copy link]
Post time 6-2-2016 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Berita baik buat peminat Ella kerana rindu anda bakal terubat tidak lama lagi. Ratu Rock negara, Ella Aminuddin, 50, bakal menggegarkan Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada 16 April depan sempena 30 tahun usia kerjayanya dalam bidang seni.


Ella yang ditemui pada sidang akhbar berkata gimik istimewa yang bakal dipersembahkan adalah beliau akan menaiki helikopter ke Konsert Ella 2016 nanti.






"Ia bukanlah kali pertama saya tiba di lokasi persembahan dengan menaiki helikopter kerana 20 tahun lalu, saya melakukan perkara sama ketika promosi album, Ella USA." katanya


Konsert anjuran Atlas One Events itu dijangka berlangsung selama dua jam setengah dan sebanyak 20 buah lagu akan dinyanyikan bermula dari zaman Ella & The Boys sehingga single terbaharunya, Istimewah.





Jom pakat pergi ramai-ramai menyaksikan konsert terbesar Ella setelah hampir 20 tahun beliau "berehat" tanpa konsert berskala besar. Tiket berharga RM78 hingga RM288 sahaja. - CARI Infonet.








Sumber - kosmo/bharian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2016 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok...i gi konsert tu just psl nk tgk helikopter...never in my life
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Same here...nak p konsert sebab ada gimik heli. Tak pernah nampak heli seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ella ni antara penyanyi yg byk lgu hits n fans blh sing along.. sure best klu dpt g tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 07:35 PM | Show all posts
Ella antara nama besar penyanyi wanita Malaysia yang mempunyai konsert2 berskala besar selain dari Siti Nurhaliza, Sheila Majid..ada ke artis wanita lain yang ada konsert  besar macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhhhh bestnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 08:09 PM | Show all posts
untungnya ada husband pilot
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 6-2-2016 07:35 PM
Ella antara nama besar penyanyi wanita Malaysia yang mempunyai konsert2 berskala besar selain dari S ...

Ziana Zain pernah buat konsert jelajah mega tour tahun 1998 .. 4 lokasi. Tahun 2001 dan 2003 buat konsert live.

Erra Fazira pernah buat konsert 1999 dan 2005

Amy Mastura buat konsert solo 2000..konsert mini je sbb buat kt life centre.

Sheila majid pernah buat mega tour 1999 di 4 lokasi seluruh malaysia. Sheols antara retis yg byk buat konsert.

Ning Baizura pernah buat konsert yg dia almost tak datang pada tahun 1996....konsert Teguh. Peminat menunggu sejam lebih b4 dia start konsert. Bebaru ni dia buat konsert tahun 2014.

Kak Nita buat konsert comeback pd tahun 2002... lps2 tu xde dah dia buat konsert.

Penyanyi2 ncm shima, fauziah latif, ramlah ram, nora, dan semua penyanyi selepas siti x berpeluang buat konsert solo big scale. Except international starlet mcm Yuna, Shila Amzah dan Soo Winci.

As for Ella..notable concert sheols ialah konsert ella USA di atas bumbung sungai wang plaza (ke lot 10?) tahun 1994.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2016 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
20 tahun lepas dah naik helikopta..tahun ni acik ella pinjamlah jet pribadi sesapa pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Awet mudanya ella. Prangai pon still cute mcm teenager
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 12:57 PM | Show all posts
dah tengok konsert 3Ratu kat RTM ahad lepas dimana fauziah Latif , Ella dan Amelina digabungkan bersama. Fauziah Latif macam biasalah menyanyikan lagu beliau dengan key rendah tapi still takleh tarik...tapi bolehlah kalau nak layan memori, amelina paling havoc dengan dangdutnya dan masih boleh menyanyi dengan baik. Ella pulak paling menghiburkan..masih mengekalkan style nyanyian dia macam dulu walaupun sesetengah lagu di rendahkan key namun masih boleh menghayati suara rock dan nyaringnya...so I bagi Ella 5 bintang, amelina 4 bintang dan fauziah latif 3bintang untuk konsert 3Ratu itu....Ditahun 80/90an dulu fauziah latiff, ella, ramlah ram dan frans memang jadi pujaan hatiku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:32 AM | Show all posts
fuhh naik heli eh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni klo nak naik heli tetiap ari pun tade hal
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 01:15 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 6-2-2016 08:22 PM
Ziana Zain pernah buat konsert jelajah mega tour tahun 1998 .. 4 lokasi. Tahun 2001 dan 2003 buat  ...

pergh!! kaka @sepitsiput simpan semua tiket2 konsert retis kah.. hebad
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 01:27 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 6-2-2016 08:22 PM
Ziana Zain pernah buat konsert jelajah mega tour tahun 1998 .. 4 lokasi. Tahun 2001 dan 2003 buat  ...

ye KaK sepit..iols masih ingat masa konsert Ziana Zain di Johor diadakan, iols terpaksa berterbangan ke Kyoto selama 2 minggu jadi sudah terlepas untuk menikmati konsert beliau di JB ketika itu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 02:59 PM | Show all posts
all the best for ella .. bestnye sape2 yg dpt pegi konsert..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 11:30 AM | Show all posts
MMG BEST konsert Ella, kalo ada lagi mmg wa akan pergi la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 11:33 AM | Show all posts
cc karat ella @toxicated
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 12:55 PM | Show all posts
EH dah berlangsung ke?..naper takde orang reviewkan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 01:14 PM | Show all posts
dah berlangsung dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2022 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.114982 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list