Pekerja Nepal atas pokok nangka diselamat bombaLelaki warga Nepal diselamatkan bomba selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan melompat dari pokok nangka di Jalan Tani di Larkin, Johor Baru hari ini. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
[size=100%]JOHOR BARU, 4 Februari:Anggota bomba menyelamatkan pekerja warga asing daripada melompat dari pokok nangka yang besar di Jalan Tani di Larkin, dekat sini, hari ini. Mangsa, dikenal pasti sebagai warga Nepal yang dalam lingkungan usia 20-an, dipercayai cuba membunuh diri selepas memanjat pokok setinggi 7.62 meter kira-kira jam 1 petang tadi. Anggota bomba dari balai bomba Johor Baru menerima panggilan telefon memaklumkan mengenai insiden itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata seramai 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.10 petang. “Pasukan dari balai bomba Johor Baru tiba di lokasi dan mendapati mangsa berada pada dahan tertinggi pokok. “Anggota bomba kemudian menyediakan beg udara di bawah pokok sebelum cuba mendapatkan mangsa,” menurut jurucakap itu.
Difahamkan bahawa mangsa dipercayai kurang waras ketika anggota penyelamat cuba berkomunikasi dan mendapatkannya. Jurucakap itu berkata, anggota bomba terpaksa mengikat bahagian atas pokok dengan tali dan menariknya ke arah tilam udara. “Anggota bomba kemudian menyembur air ke arah mangsa untuk memaksa dia melompat dan selamat mendarat di atas tilam udara sebelum beliau ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa. “Keseluruhan operasi berakhir pada jam 2.20 petang.”
TRP
|