Oleh Adib ZA
Teruskan menyebar aura positif, itu adalah antara matlamat yang sangat baik boleh dilakukan menerusi laman sosial.
Daripada terus-menerus bercakap yang buruk dan kesat, menghina, memfitnah dan sebagainya, sekurang-kurangnya posting yang positif dapat memulihkan hati dan jiwa.
Penulis sangat tertarik dengan satu status yang dimuatnaik oleh netizen ini. Dia berkongsi gambar yang menunjukkan bil elektrik sebuah tahfiz di Kedah.
Pihak tahfiz itu menanggung bil elektrik yang sangat banyak sehingga tertunggak beribu-ribu ringgit. Namun dengan bantuan netizen ini, dia menguar-uarkan orang ramai untuk membantu 'melabur' RM10 seorang ke akaun TNB ini.
Hasilnya sangat menakjubkan! Daripada jumlah RM3713 kini bil elektrik tahfiz itu telah berkurangan menjadi RM2732!
Terima kasih buat semua yang sama-sama menghulurkan bantuan dan melabur ke saham akhirat ini. Bak kata netizen,
"Hampir 100 orang pelajar hafizah dan Alimah belajar di situ..siang dan malam. Tidakkah kalian mahu mendapat bahagiaannya juga?"
Semoga lebih banyak posting sebegini yang dikongsikan di kalangan para netizen. secara tak langsung masyarakat dapat tahu jalan untuk membantu mereka yang memerlukan. - CARI Infonet
|