CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6938|Reply: 26

Ini Tanda-Tanda Badan Terlebih Racun. Detox Segera!

[Copy link]
Post time 2-2-2016 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Foto -  doctoroz.com


Badan beracun atau bertoksin sering membuat kita keletihan, tidak bermaya, hilang tumpuan dan macam-macam lagi. Anda jangan sesekali membiarkan toksin berkumpul didalam badan kerana akan memudaratkan kesihatan.


APA ITU DETOX?
Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.


APA ITU TOKSIN?
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.




TANDA-TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN
- Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
- Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
- Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
- Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
- Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
- Masalah sendi
- Masalah kulit
- Selulit, kenaikan berat badan






CARA RAWATAN MUDAH
- Minum jus buah
- Banyakkan minum air kelapa
- Kerap Minum air putih suam
- Minum Teh Hijau
- Banyakkan memakan dark chocolate
- Makan kuaci


Berikut merupakan cara paling mudah untuk membuang toksin dalam badan. Harap bermanfaat untuk semua. Jangan lupa kongsikan artikel ini - CARI Infonet.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 05:10 PM | Show all posts
air kelapa sedapp
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
huhu,, dark chocolate tercalon. walaupun pahit,, tapi sedap sangattt.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:07 AM | Show all posts
Mmg byk sgt toksik dlm badan aku ni khennn
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 07:58 AM | Show all posts
green tea trbaikk
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 08:47 AM | Show all posts

Boleh cadangkan green tea mana yang terbaik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2016 11:12 AM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 3-2-2016 08:47 AM
Boleh cadangkan green tea mana yang terbaik?

jasmine flavor. boleh try lipton but dont add sugar

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:33 PM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 3-2-2016 08:47 AM
Boleh cadangkan green tea mana yang terbaik?

aku minum green tea ahmad.
ada jual kat speedmart. rm3.99 25 uncang.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 12:52 PM | Show all posts
myralolx92 replied at 3-2-2016 12:33 PM
aku minum green tea ahmad.
ada jual kat speedmart. rm3.99 25 uncang.

ehh murahnya. haritu beli brand apa tah pun RM10.98 20 uncang. nanti nak try belilah. okay tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:57 PM | Show all posts
DaisyD replied at 3-2-2016 12:52 PM
ehh murahnya. haritu beli brand apa tah pun RM10.98 20 uncang. nanti nak try belilah. okay tak?

tula. mcm murah kan.
aku takut nak beli yg boh tu, tak silap 50 ke 100 uncang. takut tak habis plak kang

bagi ok la.
and aku perasan makan byk mana pun berat aku ssh nak naik sebab aku ni selalu dinner makan nasi.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 01:10 PM | Show all posts
myralolx92 replied at 3-2-2016 12:57 PM
tula. mcm murah kan.
aku takut nak beli yg boh tu, tak silap 50 ke 100 uncang. takut tak habis p ...

ohhh thank you so much! ini baru masuk hari ke 3 nak minum green tea
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:27 PM | Show all posts
myralolx92: aku minum green tea ahmad.ada jual kat speedmart. rm3.99 25 uncang. 184056


NAK TRY LAH..THANKS FOR D INFO~
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:36 PM | Show all posts
minah_kidal replied at 3-2-2016 11:12 AM
jasmine flavor. boleh try lipton but dont add sugar

Ic ic..kalo jasmine green tea lipton ni pernah minum. Thanks for the info
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:37 PM | Show all posts
myralolx92 replied at 3-2-2016 12:33 PM
aku minum green tea ahmad.
ada jual kat speedmart. rm3.99 25 uncang.

Oic, thanks yer for the info. I biasa minum ai suam jer tp green tea sounds good. Nak cuba jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:43 PM | Show all posts
nak kena try buat detox jugak
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:13 AM | Show all posts
Chesire_Epilog: Oic, thanks yer for the info. I biasa minum ai suam jer tp green tea sounds good. Nak cuba jugak la


i pun nak try la green tea ni..
sebelum ni cume pernah try kit kat green tea...omg..x sedap...gigit skit dh xleh makan dah..ahahha
green tea cake..pun dah try..ok je la..

p/s: jus buah tu..kena campur dgn jus sayur....sbb kalau minum jus buah saje hari2 bleh jadi gemuk because sugar amount tinggi...kalau nak tahu lebih lanjut...sila google "antioxcident juice"....i sndiri blum try...tp kalau nak cube..sile la..check betul2...campuran buah & sayur ape yg terbaik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 3-2-2016 06:45 PM
patutla saya asyik pening... ingatkan mengandung. x logik pulak sebab saya lelaki

lagi x logik bila ko tulis ingatkan mengandung tuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 11:00 AM | Show all posts
kauci??..

saya suka minum jus kendondong dan asam boi
lemon, daun pudina

air kelapa pun best juga..

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:40 PM | Show all posts
green tea lps minom mmg rasa badan ringan je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 04:24 PM | Show all posts
X sakit urat ke minum air kelapa?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.193494 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list