Oleh Izzah Abbasy
Merantau mencari rezeki yang halal memang perit pada awalnya namun akan dimudahkan oleh Allah SWT atas setiap kesabaran dengan ujian olehNya.
Bagaimana? Rentetan kisah mengenai Penggiat Teater dan Seni, Awang Surniafizul Awang Jamian boleh dijadikan panduan dan tauladan buat anak-anak muda yang ingin berhijrah ke ibu kota seperti Kuala Lumpur (KL) untuk menceburi dunia seni.
Foto asal : Awang Surniafizul (Ejoy)
Ibu bapa mana yang tidak risaukan anak-anak mereka berhijrah seorang diri tanpa ada sesiapa yang boleh membantu. Entah makan atau tidak, entah ada tempat tinggal atau menumpang, entah rezeki yang dicari itu halal atau hanya dianiayai. Itulah ibu bapa kita. Kerisauan mereka menebal jika anak-anak jauh di mata.
Tetapi, jika niat kita betul untuk bekerja di ibu kota dengan mencari rezeki yang halal dan direstui ibu bapa, pasti ia menjadi kesenangan kemudian hari. Dan paling penulis setuju dengan Awang Surniafizul ialah ayat beliau ini "paling banyak aku belajar dari Kuala Lumpur ini adalah tentang kehidupan."
Paling penting "satu benda tentang Kuala Lumpur yang paling aku benci ialah traffic jam." - Awang Surniafizul
Kredit : Astro Awani
|