Pekerja dan petugas kerajaan sering mendapat jolokan dan konotasi negatif. Pelbagai perkara buruk yang dilemparkan kepada mereka ini.
Tak efisien, pemalas, lembap, makan gaji buta dan macam-macam lagi tuduhan yang belum tentu berasas pun.
Namun, berbeza dengan sebuah status dimuatnaik oleh netizen ini. Dia yang dilanda masalah apabila ibunya kini berada dalam keadaan tidak mengizinkan.
Dia menceritakan bagaimana dia dan adik beradik lain saling bergantung untuk menguatkan antara satu sama lain dalam keadaan ini.
Namun, seminggu berada di hospital Putrajaya, banyak perkara positif yang memberi semangat dan juga inspirasi berlaku di depan mata.
"Selama hampir seminggu jg kami berurusan dengan sekelian petugas di hospital ini. Alangkah cemerlang kerja buat mereka - sama ada pengawal, tukang sapu, para jururawat dan semua doktor.
"Sikap mereka sgt terpuji. Sentiasa melayan semua orang dengan baik tidak kira siapa. Kalaulah semua hospital punya petugas sebegini, alangkah indahnya," terang netizen ini.
Benarlah apa yang dikatakan, di hospital semua ahli keluarga yang datang sedang dilanda kesedihan dan banyak sokongan moral yang harus diberikan.
Jika kecelaruan fikiran yang sedang serabut ditambah dengan petugas hospital yang juga bermasalah, pasti ia menyulitkan keadaan.
Tahniah buat semua petugas kerajaan khususnya hospital yang tidak henti-henti melayan para pesakit dan ahli keluarga sebaik mungkin.
Bak kata netizen ini, "Sungguhlah benar..senyuman adalah penawar maha mujarab, yang bisa merawat segala yang tenat." - CARI Infonet