Menerusi muatnaik gambar terbaru pelakon ini di Instagram, Liyana Jasmay dan suami telah menamakan anak kedua mereka – Selena Fathuddin yang dilahirkan pada 22 Januari lalu. Selena dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Prince Court dengan berat 2.92 kilogram.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan anak. Tak lupa rakan, teman media dan peminat tersayang. Kehadiran Selena pastinya menambah keceriaan hidup saya dan suami. Sofia dan Selena menyerikan hidup saya. Semoga mereka akan menjadi anak yang baik dan solehah,” memetik kata Liyana daripada BH Online. Semoga ikatan kekeluargaan Liyana dan Fathuddin yang berkahwin pada Februari 2013 ini akna
terus kekal utuh dan dipermudahkan segala urusan mereka. (rtky/s)
|