CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: misssakura

cinta

[Copy link]
 Author| Post time 19-2-2016 12:57 PM | Show all posts
merahsilver2U replied at 19-2-2016 11:27 AM
mood kelaut lg eh misssakura??
ai mood melaut2 ni nak membaca...

itulah... moodnya susah betul nak ada. nak kata bz, tak bz mana pon. esok lusa insyaallah iol sambung semula citer ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2016 08:01 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 21-2-2016 08:04 PM

sambungan....

Ainna membaringkan diri diatas katil bujang yang terletak ditepi tingkap biliknya. Rasa sejuk angin kipas yang berputar ditambah lagi dengan hujan renyai-renyai diluar sana buat dia cepat-cepat bersembunyi disebalik gebar. Matanya sempat mengerling jam loceng yang diletakkan diatas meja solek, jarum jam kini sudah menginjak ke 1 pagi. Sekejap sahaja masa berlalu. Setelah membuat perbincangan dari hati ke hati dengan Izzat yang tiba-tiba sahaja mahu menjadi teman rumahnya, mereka berkeputusan untuk membuat perjanjian peraturan didalam rumah agar masing-masing selesa.
Memikirkan Izzat, Ainna sekali lagi berfikir. Benarkah keputusannya yang bersetuju untuk membenarkan Izzat tinggal bersama-samanya. Apakah memang benar Izzat sudah tiada siapa-siapa yang boleh diharap selain dia? Atau jejaka itu memandang dia sebagai target yang mudah untuk dipergunakan. Seperti isu perkahwinan mereka sebelum ini? Ainna cepat-cepat geleng kepala apabila dia sudah mula fikir perkara tidak elok tentang suaminya. Bukankah isu perkahwinan mereka sudah selesai dan dia yang sendiri yang bersetuju untuk meneruskan perkahwinan ini tanpa sebarang paksaan. Jadi dia tiada hak lagi untuk menyalahkan si suami dengan ikatan perkahwinan mereka ini.

Namun menerima Izzat sebagai teman serumahnya langsung tiada dalam rancangan awalnya. Malah ia terlalu jauh menyimpang dari hasratnya keatas perkahwinan mereka. Ainna gusar! Dia sebolehnya tidak mahu terlalu rapat dengan Izzat. Cukuplah mereka menjadi kawan biasa, bukan kawan karib jauh sekali kawan serumah. Dia tidak mahu mendekati jejaka itu bukan kerana sombong apatah lagi benci namun dia takut sekiranya perasaannya sayang seorang sahabat ini akan bertukar menjadi sayang terhadap kekasih tercinta. Dia takut untuk hadapi semua itu. Apa yang lagi digeruni memikirkan Izzat sudah punya kekasih hati dan bakal memberikannya ‘adik angkat’ dalam tempoh 3 tahun akan datang. tetapi keadaan semakin meruncing. Kini Izzat tinggal bersamanya dan apa-apa boleh terjadi antara mereka. Izzat mungkin tidak fikir tentang itu kerana dia sudah punya buah hati tetapi dia?

Pasti sukar untuk dia menangkis kehadiran Izzat yang sangat baik dari segi rupa begitu juga tingkah laku. Ainna mengiring ke tepi, benaknya masih lagi memikirkan apa yang perlu dilakukan dimasa akan datang. dugaan yang datang tiba-tiba ini sedikit menggugat ketenangannya sedangkan dia bersetuju meneruskan perkahwinan dengan Izzat hanya kerana mahukan ketenangan. Kalau begini kesudahannya, memang jauh meleset sama sekalilah angan-angannya sebelum ini. Nafas dalam ditarik, rasa kantuk tidak juga kunjung tiba. Mungkin ditenggelami dek rasa gelisah yang melampaui batasan. Mungkin!

“sudahlah Ainn! Izzat tu datang menumpang je. Tak adanya dia datang nak mengorat kau. Kau kena ingat yang dia dah ada kekasih! Kau tolong kuatkan hati sendiri, bina benteng siap-siap agar tak tersalah jatuh cinta. Karang kau jugak yang merana. Kau kena ingat, apa sahaja kebaikan yang Izzat buat lepas ni mungkin sebab dia ingat tanggungjawab dia sebagai suami kau, atau sebab nak balas budi baik kau yang dah tolong dia beri tempat tinggal. Not more than than dan tolong jangan syok sendiri. Ingat tu Ainn!” pesan Ainna kepada diri sendiri. Dia tepuk dadanya kuat, berikrar untuk menjaga perasaannya sama seperti menjaga kewanitaannya selama ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2016 08:05 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 21-2-2016 08:09 PM

Ainna sangkut telekung yang digunakan untuk solat subuh sebentar tadi. Matanya masih kuyu dek penangan kurang tidur semalam. Tak salahnya, jam sudah menginjak 2.30 pagi pon matanya masih lagi segar. Ainna ke meja solek, ditatap wajahnya pada cermin. Sikat yang ada diatas meja itu dicapai dan digunakan untuk menyikat rambut lurus hitam pekat miliknya. Sesudah itu, dia mencapai getah pengikat rambut lalu diikat rambut itu agar lebih kemas. Ainna keluar dari bilik, sememangnya semenjak dari kecil lagi dia diajar tidak tidur selepas subuh. Ibunya kata nanti otak jadi lembab! Dia pun tidak pasti kesohehannya.
Melintasi dihadapan bilik Izzat buat Ainna terfikir, sudah solat subuh ke belum si suaminya ini. Ainna berfikir sejenak. Mahu bertanya atau tidak? Kalau tidak ditanya semacam dia bersubahat pula kalaulah Izzat terbabas subuh. Tetapi kalau dia bertanya macam penyibuk pula. Macamlah Izzat budak kecil yang baru baligh perlu diingat tentang solat. Tapi kini mereka adalah teman serumah, bukankah sudah menjadi tanggungjawabnya untuk ingat mengingati. Beberapa minit kemudian, Ainna ketuk pintu bilik suaminya. Berharap dengan ketukan itu Izzat akan sedar dan bangun untuk menunaikan solat subuh. Mungkin juga sebenarnya Izzat sudah solat Subuh dan dia yang tidak perasan. Malas memberatkan kepalanya memikirkan tentang Izzat, akhirnya Ainna bergerak menuju kearah dapur. Ada eloknya dia berfikir tentang sarapan pagi ini. Lagi pun dia ada orang baru dirumah. Bukankah patut disambut dengan sarapan yang lebih menyelerakan. Ainna tepuk dahi sendiri.

‘Tolonglah Ainn. Untuk sesaat tolong jangan fikir pasal Izzat.’ Marah hati Ainna sendiri. Dia pun tidak tahu kenapa dari semalam otaknya dipenuhi dengan imej Izzat. Sedangkan sepanjang 6 bulan perkahwinan mereka belum pernah lagi perkara ini terjadi. Mungkin sebab jejaka itu ada didepan mata waktu ini. Ainna meneruskan aktiviti tertangguh. Dibuka peti ais untuk dilihat apa yang ada.

“hmm… ada ikan bilis, ayam, santan kotak. Masak nasi lemaklah pagi ni.” Cetus Ainna didalam hati. Dia mengeluarkan segala bahan untuk dijadikan nasi lemak. Sesambil menunggu ayam yang disejuk bekukan mencair, Ainna mencari dahulu resepi nasi lemak didalam internet. Semestinya dia tidak menghafal resepi itu kerana dia bukanlah kategori pandai memasak. Setelah membaca dengan faham apa yang ditulis didalam internet, Ainna mula menyediakan bahan seperti membasuh beras, mengopek bawang dan ikan bilis dan lain-lain. Satu jam kemudian, setelah berpenat lelah menyediakan sarapan istimewa pagi itu Ainna kemudiannya menghidangkan nasi lemak ayam goreng diatas meja jepun yang berada dihadapan tv. Ainna jelling sekali lagi pintu bilik Izzat.

Rasanya, sepanjang satu jam dia bekerja keras didapur, tidak pula dia mendengar pintu bilik itu dibuka mahu pun ditutup. Izzat sudah bangun ke belum? Soal Ainna didalam hati. Tanpa buang masa, Ainna menuju ke bilik Izzat. Dia perlu mengejutkan Izzat. Kalau belum solat subuh, lelaki itu perlu bangun untuk solat subuh dan kalau sudah solat subuh lelaki itu perlu bangun untuk menjamah sarapan dengannya. Ainna mengetuk daun pintu bilik Izzat beberapa kali. Dia sabar menanti jawapan Izzat dari dalam. Namun hampa, suasana sunyi sepi. Sekali lagi Ainna mengetuk pintu bilik itu. Namun jawapan yang sama diperolehi. Malas membuang masa, Ainna pulas tombol pintu. Daun pintu itu ditolak sedikit. Cukup untuk matanya mengendap keadaan bilik jejaka itu. Dia sebolehnya tidak mahu menceroboh bilik Izzat kerana dia tahu pasti Izzat tidak suka seperti dia yang tidak suka kalau ada orang lain menceroboh biliknya. Mata Ainna meliar, dia mencari tubuh Izzat diatas katil namun tiada. Dia nampak satu batang tubuh tertiarap diatas lantai yang dihamparkan sejadah. Ainna pelik. Alim sangatkah Izzat sampai tertidur ditikar sembahyang?

“Izzat…” panggil Ainna. Kuat! Kalau terlalu perlahan masakan Izzat dengar panggilannya. Tiada respon yang diterima. Izzat masih lagi kaku disejadah.

“Izzat…” panggil Ainna lagi. Kali ini volume suaranya ditambah ke separa maksimum. Respon positif diterima. Dia nampak tubuh Izzat terjongket dek terkejut dengan jeritannya. Izzat angkat tubuh dengan lemah. Matanya yang separuh terbuka memandang kearah Ainna yang berada disebalik pintu. Hanya kepala gadis itu sahaja Berjaya dilihat kerana batang tubuh gadis itu disembunyi dibelakang pintu.

“ kau tak sihat ke?” soal Ainna sambil memberanikan diri menjejaki bilik Izzat. Wajah pucat lesi Izzat mendatangkan tanda tanya. Izzat angguk kepala lemah. Kepalanya berpusing-pusing dan berdenyut-denyut. Ainna bantu Izzat untuk bangun lalu dipapah jejaka itu ke katil. Setelah membaringkan Izzat diatas katil, dia segera menjamah dahi lelaki itu untuk membandingkan suhu antara mereka.

“hmm panasnya. Ni mesti sebab kau kena hujan semalam ni. Kau rehat sini, aku pergi ambil ubat kejap.” Komen Ainna setelah merasai suhu badan Izzat. Dia segera keluar dari bilik berkenaan dan ke dapur untuk mendapatkan panadol yang sememangnya disimpan disitu. Izzat yang terbaring lesu diatas katil tersenyum nipis. Syukur ada juga insan yang dapat menjaganya meski pun dia jauh dari keluarga.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2016 08:10 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 21-2-2016 08:13 PM

Izzat tidur setelah memakan 3 sudu nasi lemak dan menelan 2 biji panadol. Ainna kemudiannya menarik selimut lalu menutupi sebahagian badan Izzat yang kelihatan menggigil. Setelah itu, dia menampal Cool Fever didahi jejaka itu agar suhu yang panas itu segera berkurang dan kembali normal. Setelah selesai tugasnya, Ainna kemudian mara keluar dari bilik tidur suaminya untuk meneruskan aktiviti biasa yang dilakukan dipagi hari.
“hmm ingatkan dapat makan berteman hari ini, rupanya seorang diri jugak.” Keluh Ainna sambil menyuap nasi lemak yang dimasak sebentar tadi kedalam mulut. Sedap juga nasi lemak yang dibuat, pandai rupanya dia memasak. Puji Ainna terhadap diri sendiri didalam hati. Siapa lagi mahu memujinya kalau bukan dia.

“rugi betul Izzat. Tak dapat dia merasa nasi lemak yang sedap ini. Bukan selalu aku masak menjadi macam hari ini.” Bebel Ainna seorang diri. Matanya merenung kotak televisyen yang memapar cerita-cerita yang dia sendiri tidak ketahui. Dia bukanlah kategori hantu tv, dia hanya mengadap televisyen apabila perlu dan bosan. Malah, kalau dia mengadap tv sekali pun dia jarang memberi tumpuan sepenuhnya. Usai siap mengisi perut kosongnya, Ainna bingkas bangun nak mengemas segala pekakas yang digunakan ketika makan dan memasak sebentar tadi.

Selesai tugas di dapur, dia menyapu pula segenap ruang rumahnya. Kalau ikutkan sikapnya yang pemalas, hanya hujung minggu sahaja segala aktiviti mengemas rumah dijalankan. Sejam kemudian dia menyambung pula kerja mendobi pakaian seterusnya menjemur jemuran tersebut. Pejam celik-pejam celik jam didinding sudah menunjukkan jam 12 tengahari. Ainna sudah selesai segala tugas yang perlu dilaksanakan. Yang tinggal hanya membeli barangan dapur sahaja. Itu pun, tidak perlu kerana masih banyak lagi barang yang ada. Ingatannya mula singgah kepada Izzat. Dah sihat ke belum. Rasanya eloklah kalau jejaka itu mengambil 2 biji lagi ubat waktu ini. Cepat-cepat Ainna membawa semangkuk nasi lemak bersama-sama 2 biji panadol dan air masak. Pintu bilik Izzat dipulas dan ditolak. Kelihatan Izzat masih lagi membungkus didalam selimut tebalnya. Kata orang kalau badan terasa amat sejuk ketika demam, ia bermakna suhu badan terlampau panas. Ainna tidak pasti benar atau tidak kenyataan itu. Dia mara kearah Izzat yang kelihatan menggigil didalam gebarnya. Dijamah wajah Izzat untuk merasai suhu suaminya itu buat masa kini.

“hmm panas lagi. Izzat…. Bangun.” Seru Ainna lembut. Ditepuk badan jejaka itu lembut agar jejaka itu sedar kewujudannya. Izzat terpisat-pisat. Matanya yang separuh terbuka memandang kearah Ainna yang kelihatan tersenyum kecil.

“bangun makan.” Minta Ainna lagi. Izzat geleng kepala. Menolak permintaan Ainna kerana dia tiada selera untuk itu.

“bangunlah makan. Perut kau tu kosong. Kau kena makan, barulah boleh makan ubat. Kalau tak makan ubat macam mana nak sihat.” Nasihat Ainna berhemah. Izzat mengeluh kecil. Sebolehnya dia tidak mahu diganggu waktu ini namun memikirkan susah payah Ainna yang datang membawa makanan dan ubat, digagahkan juga badan untuk mengikut arahan si gadis. Izzat menyandar badannya pada kepala katil. Ainna menceduk sesudu nasi lemak lalu disuap ke mulut suaminya. Nasibnya baik, Izzat bukanlah seorang yang mengada-ngada. Jejaka itu jenis yang mengikut sahaja tanpa banyak bantahan. Habis 5 sudu suapan nasi lemak, Ainna menghulur pula 2 biji panadol yang berada didalam genggamannya. Izzat menelan panadol tanpa banyak soal. Selesai makan ubat, dia kembali merebahkan diri keatas tilam empuk itu.

“kalau kau tak sihat juga, aku bawa kau pergi klinik ye petang nanti. Takut melarat pulak demam kau ni.” Ujar Ainna setelah Izzat membaringkan diri.

“tak payahlah Ainna… kejap lagi eloklah ni.” Balas Izzat dengan suara tenggelam timbul. Jelas dirinya sudah tidak berdaya.

“kita tengok 4 jam lagi. Kalau makin teruk aku bawa jelah kau pergi klinik. Kalau makin okey kau rehat je la. Dah kau tidur sekarang. Tak payah fikir apa-apa.” Putus Ainna tegas. Izzat tidak menjawab. Dia mula melayan kantuk yang sudah terasa dek penangan panadol yang sudah mula bekerja. Tidak mahu mengganggu Izzat yang sedang berehat, Ainna lekas keluar dari bilik jejaka itu.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 08:34 AM | Show all posts
misssakura replied at 21-2-2016 03:10 PM
Izzat tidur setelah memakan 3 sudu nasi lemak dan menelan 2 biji panadol. Ainna kemudiannya menarik  ...

dah apa citer ni TT? Izzat dah meninggal ke apa...senyap je thread ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:51 PM | Show all posts
misssakura replied at 21-2-2016 08:10 PM
Izzat tidur setelah memakan 3 sudu nasi lemak dan menelan 2 biji panadol. Ainna kemudiannya menarik  ...

miss bila nk sambung ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055225 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list