CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2493|Reply: 11

[Tempatan] Patutkah Kerajaan Menangguhkan Sementara Biasiswa JPA Kerana Masalah Kewangan?

[Copy link]
Post time 26-1-2016 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-LTS at 26-1-2016 04:06 PM


Artikel : TS LOO
Video : Firdausz & TS LOO




                                                        



Biasiswa JPA ditangguhkan kerana kerajaan dikatakan mengalami masalah kewangan. Anggaran secara konservatif, sekurang-kurang 700 pelajar di dalam negara ini akan menerima kesannya akibat daripada penangguhan sementara itu.


Pelajar yang selama ini bersungguh-sungguh belajar bagi mengekalkan Purata Nilai Gred (CGPA) ditahap yang dikehendaki, pasti merasa hampa dengan berita penangguhan ini.


Bagi ibu bapa pula, keputusan tersebut sangat tidak masuk akal. Rata-rata beranggapan tindakan kerajaan akan membuatkan ramai pelajar pintar terpaksa menghentikan niat menyambung pelajaran kerana kekangan kewangan.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 04:17 PM | Show all posts
Tak faham betullah, apa yang difikir oleh kerajaan Najib ni, sanggup mengorbankan anak-anak muda yang cerdik pandai, semua itu kan aset negara... patutlah ramai kata kebanyakan anggota menteri di dalam kabinet semua taraf pendidikan rendah... supaya mereka tak lawan cakap Najib atau langsung tak tahu nak lawan sebab mereka itu semua kurang pandai.... hahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 04:20 PM | Show all posts
nasib baik MARA x  buat benda yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 04:27 PM | Show all posts
cendolsantan replied at 26-1-2016 04:17 PM
Tak faham betullah, apa yang difikir oleh kerajaan Najib ni, sanggup mengorbankan anak-anak muda yan ...

Bajet utk menteri2 taknak pulak dia kurangkan...tambah lagi ada ppffttt!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 11:37 PM | Show all posts
ini bukan kali pertama la..

dulu masa gawat 97~98 pun kerajaan stop biasiswa jugak, so budak2 yg buat persediaan ke UK, US, etc diserapkan ke IPT tempatan.. cuma budak2 yg ke Jepun jer dapat fly disebabkan kerajaan Jepun bagi soft loan memandangkan budak2 tu dah berabis masa belajar bahasa Jepun..

bila ekonomi dah ok, JPA adakan semula tajaan seperti yg sebelum ini.. so benda nih bukan perkara baru, dan tak sepatutnya jadi isu pun..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:30 AM | Show all posts
ok yang tak tau pasal stop biasiswa ni mesti hentam gegila. padahal tahun 1997-1999 dah pernah jadi. budak ADP dengan AAD yang patut gi US, tak dapat pergi. serap masuk local U.

bebudak scholar telekom, patut 70% above dapat gi US/UK, last minute tukar 80% above baru boleh pergi.

so benda ni normal ikut ekonomi semasa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2016 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tahun 98 dah kena n ada pengalaman patut kali ni dah ada solid back up n tak timbul isu penggantungan biasiswa
nampak sangatkan bn is a dysfuntional gov yg tak pernah ambik iktibar n buat persediaan utk menangani kegawatan ekonomi walau sepjg mereka memerintah dah byk kali berdepan dgn masalah kegawatan
pastu aritu masa mrk imposed gst, katanya duit berbillion hasil cukai tu nak diguna utk pendidikan, now apa jadi dgn duit tu? dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorg?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:11 PM | Show all posts
kakak cuma mampu tersenyum sinis tengok bahasa melayu wartawan cari....nak  jugak buat liputan  walaupun nan hado....
namun kakak puji usaha murni beliyau yg mengetengahkan  isu ni....sekurang2 JPA panas bontot lah khenn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 02:37 PM | Show all posts
ANAK CINA GI DENGAN DUIT SENDIRI...TAK KECOH PUN..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pakat2 la buat saving utk masa depan anak2. X jatuh pon martabat pakai handbag nonbranded, kereta tempatan, yg penting setiap bulan saving diutamakan. Klo tiba time terdesak2 mcm ni boleh la jgk kuar blnja sket tmpung anak blaja. Lgpon xsmua bdk pandai ada rezki dpt biasiswa. Tp jgn plak x apply klo dh bpeluang utk apply. Yg penting ada back up. Aku pon gigih dok saving demi anak2. tp yg aku marah sgt awat la depa pi kacau duit tabung haji. Kang kena sumpah dgn bakal2 haji baru padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:36 PM | Show all posts
Biasiswa ni asal tujuannya utk taja pelajar pandai tetapi miskin....sekrg ni ai tgk yg family kaya raya pun dpt scholarship how come?? Kalau dah gitu perketatkan semula syarat, tapis betul candidates yg layak....jgn asal dpt habuan rasuah atau sbb dia berkepentingan kau luluskan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:46 PM | Show all posts
uniq61 replied at 27-1-2016 02:37 PM
ANAK CINA GI DENGAN DUIT SENDIRI...TAK KECOH PUN..

anak cina lah yang ramai kecoh tu....sebab quota mereka lebih kurang 50-50...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.137537 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list