Oleh Izzah Abbasy
Daripada memeluk Islam sehinggalah majlis perkahwinan Marsha Milan Londoh dilihat tenang sahaja.
Bijak membuat setiap perancangan, pengacara Mentor Milenia ini tidak cepat melatah dengan setiap perjalanannya dalam dunia seni.
Terbaru, gambar yang dikongsikan Marsha Milan bersama suami yang kini berada di Kota London untuk berbulan madu pun kelihatan 'cool and relax' saja. Pandai menjaga hati setiap pihak supaya ia tidak keterlaluan membuatkan Marsha disenangi netizen.
Jom, layan gambar-gambar Marsha dan suami di London. Raut wajah mereka pun menggambarkan sedang berbahagia. - CARI Infonet