CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4031|Reply: 4

Cara Menyiang Ketam Semudah ABC

[Copy link]
Post time 21-1-2016 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Pasti ramai penggemar ketam yang mungkin belum tahu cara-cara menyiang ketam dengan mudah. Tak kan setiap kali rasa nak makan ketam, kena makan di restoran.


Video berdurasi 4 minit 36 saat yang dikongsikan oleh rosly dhoby ini sangat bermanfaat untuk kita semua. Mari kita lihat cara-cara betul dan mudah untuk menyiang ketam.





Dah siap cuci bersih-bersih, bolehlah masak dan cuba resepi ini pula. Resepi dipetik dari iresipi.com.




Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api






Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan


Bahan-Bahan:
3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan

Cara Penyediaan:
Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.


Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.


Tips: Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.



Selamat mencuba. Hati-hati makan ketam jangan sampai tercekik cengkerang. - CARI Infonet.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2016 10:09 AM | Show all posts
ok. lps ni boleh cuba.
motif nak susah payah???
gi kedai order je yg dah siap masak LOL
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 11:54 AM | Show all posts
mizkajura replied at 22-1-2016 10:09 AM
ok. lps ni boleh cuba.
motif nak susah payah???
gi kedai order je yg dah siap masak LOL

itu lagi susah.
nak drive ngadap jem berjam2, nak ronda2 berpusing2 cari kedai makan yg ada ketam.
nak tunggu pelayan ambik order, nak tunggu turn kedai tu masak utk kita.
lepas makan, ngadap tafit jem lagi (silap2 kene saman aes).

kan senang beli ketam, masak sendiri, makan bleh repeat tambah baper suka
sapai kenyang, pas makan bleh lepak tgk tv. LOL

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 11:58 AM | Show all posts
bangcak replied at 22-1-2016 11:54 AM
itu lagi susah.
nak drive ngadap jem berjam2, nak ronda2 berpusing2 cari kedai makan yg ada ketam ...

agreee...
kikikiki

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 02:11 PM | Show all posts
bangcak replied at 22-1-2016 11:54 AM
itu lagi susah.
nak drive ngadap jem berjam2, nak ronda2 berpusing2 cari kedai makan yg ada ketam ...

ni kes suruh bini masak atau mak masak.????
ok la, makan dirumah la best......



....tak kuasa nk gaduh yooou...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.264980 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list