CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10061|Reply: 22

[Viral] Hias Pelamin Dengan Bunga Tisu! Jimat Belanja

[Copy link]
Post time 20-1-2016 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy


Nak pelamin murah dan tak nak membazir? Bukannya susah. Semuanya atas kreativiti masing-masing.

Terbaru, bunga diperbuat daripada tisu menjadi 'jolokan' utama bakal-bakal pengantin yang ingin mengadakan majlis dengan kos yang sederhana.

Nak kongsikan dengan anda, gambar pelamin majlis perkahwinan raja sehari Ema dan pasangannya yang dimuatnaik oleh Team  Vv -The Art Thinker di vetovirago pada 2 Januari lalu di mana mereka menghasilkan pelamin yang amat cantik tetapi modalnya hanya semurah RM200. - CARI Infonet






Saiz pelamin (dalam gambar) adalah 3 meter x 4 meter



BARANG UTAMA YANG DIPERLUKAN (untuk backdrop tisu) :

    Dawai mata punai - lebih kurang 7 kaki lebar... x3 bahagian
    Tisu (sebanyak yg boleh) sila beli di kedai RM2.12 sebab anda akan dapat 3 bungkus. Kami spend lebih kurang RM 24 untuk mendapatkan 36 bungkus tisu.
    Kayu pancang - ikut lebar dawai mata punai contoh 7 kaki
    Paku simen - sekurang-kurangnya 3 batang
    Paku kecil 2 inci - sekurang-kurangnya 30 batang



ALATAN/KELENGKAPAN YANG LAIN :

    Paku tekan - jika perlu
    Kertas keras - jika perlu
    Pentas pelamin - kami guna papan meja yang diubah suai menjadi pentas
    Kain langsir - beli dikedai kain, sila recce harga jangan main beli. Anda boleh dapat harga semurah rm3/meter. Untuk saiz pelamin diatas, kami menggunakan 20 meter kain.
    Karpet bulu - kami guna karpet yang sama untuk servis photobooth Vv
    Bunga hiasan - recycle bunga dalam rumah. Jika perlu, beli setangkai yang ada 5 kuntum bunga. Kami beli 10 tangkai pada harga RM3.50/tangkai.
    Bunga telur - ikut suka.
    Lampu pendafloor - dua batang
    Kerusi pelamin - tambahan RM100 untuk sewa kerusi setelah ambil pakej mak andam. Tahukah anda, beli kerusi pelamin baru mencecah 2k? Huh.
    Hiasan lain yang bersesuaian dengan cita rasa pelamin impian
    Alatan menghias seperti gam tembak, gunting, pita pengukur, pembaris dan lain-lain.



Nota kaki:

*** Perlu diingatkan supaya melakar terlebih dahulu pelan pelamin dan dekorasi untuk mengelakkan pembaziran belian barang dan ruang yang akan digunakan. Lakaran juga membantu anda menjimatkan masa. Masa itu emas.

*** Untuk memaksimumkan penjimatan, gunakan barang sedia ada dirumah. Pastikan jika beli baru, barang masih akan digunakan walaupun majlis telah lama berakhir. Kalau simpan je di stor, kelak nanti mereput buat sarang anai-anai. Hahahaa baru padan muka.

Berikut merupakan gambaran aturan kerja-kerja menghias pelamin DIY menggunakan tisu:




Biasanya dawai mata punai diguna untuk buat reban haiwan ternakan. Vv beli segulung terus sebab bakinya boleh buat pagar untuk tanaman sayur mama kami. Sesetengah kedai ada jual per meter, harga lebih kurang RM5/meter. Potong tiga bahagian, setiap bahagian selebar 7 kaki. Cantumkan setiap bahagian menggunakan dawai/tali. Anggaran saiz 6 kaki x 7 kaki.






Pernah jumpa kan tisu berwarna macam ni? Tisu didalam bungkusan selalunya dilipat dua bahagian. Tugas anda ialah buka satu persatu tisu tersebut.






Vv gunakan tisu full putih dan tisu bercorak hijau.  Tisu putih lebih tebal, jadi susun tisu sebanyak tiga lapisan. Manakala tisu hijau lebih nipis, perlu susun tisu sebanyak empat lapisan






Setelah susun tisu, poncotkan dibahagian tengah. Sumbat bahagian yang diponcot tadi pada lubang dawai mata punai. Kiraan jarak adalah sejauh 5 lubang (melintang) x 3 lubang (menegak). Boleh ubah suai jarak mengikut rimbunan tisu yang anda mahukan.






Vv susun tisu secara melintang. Ini kerana, kami bercadang untuk membuat tona warna dari putih kepada warna semakin menghijau. Caranya, bahagikan dawai kepada empat bahagian.

Bahagian paling atas, susun tisu kesemuanya putih.

Bahagian dua, susun tisu putih-hijau-putih-putih.

Bahagian tiga, susun tisu hijau-hijau-putih-putih

Bahagian bawah, susun tisu kesemuanya hijau






Semakin kembang tisu yang anda poncot, semakin cantik tau. Ohhya, adalah digalakkan melakukan kerja secara berkumpulan supaya cepat siap dan mengelakkan kebosanan okke.







Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan dinding tisu sekitar dua jam, jika buat tiga orang, sambil bergurau dan bergosip. Hehehee. Vv bahagikan tugas (a) seorang menyusun tisu (b) dua orang memoncot dan menyumbat tisu ke lubang dawai.






Setelah dua jam, jadilah rupanya seperti permaidani. Serius rasa nak baring atas ni. Bila tisu-tisu ni terkena kipas dan angin luar, beralun-alun.. waduhh cantik sekali.






Kami start buat pelamin pada jam 6 petang khamis, sehari sebelum majlis akad nikah jumaat. Kalau pelamin mak andam, waktu-waktu macam ni dah lama siap dah. Hahahaaa... Sekarang tengah fikir idea nak adjust macam mana. Actually, Vv buat design on the spot. Parahhh...







Kenal pasti lokasi pelamin yang akan anda buat. Vv memilih ruang beranda luar rumah sebab senang orang nak tepung tawar. Lagipun tak bersesak-sesak bahagian dalam rumah. Pencahayaan yang bagus dan terang memberi impak menarik pada gambar.






Lupa nak pesan, mana-mana dinding yang ada tingkap tu, tutuplah guna kertas keras. Sebab... cuba bayangkan tengah sanding malam, tetiba ada orang buka lampu kat bilik sebelah. Tak ke mengganggu tabir pelamin tu. Kot center takpe la, ni sebelah je berlampu. Haha






Guna paku simen untuk lekatkan kayu panjang terus pada dinding simen. Ketuk paku kecil sebanyak yang mungkin sepanjang kayu tersebut. Paku kecil juga mengurangkan risiko kerosakan pada dinding kerana ia hanya melekat pada kayu sahaja. Jarak setiap paku adalah seinci. Jangan paku selari untuk mengelakkan kayu terbelah dua. Tidak mengapa paku atas bawah sebab dawai punai kan banyak lubangnya.






Beberapa paku turut di letak secara menegak untuk mengelakkan dawai dibahagian tengah melengkung. Lebih kemas jika melekap terus dan tidak berbuai. Angkat perlahan dawai penuh tisu dan sangkutkan pada paku tadi.






Pastikan- kemasan dawai kiri dan kanan diletak secara tegang hingga ke hujung. Buat ujian gegaran untuk memastikan dawai terlekat kemas dan tak bergoyang. Hal ini untuk mengelakkan ia jatuh semasa hari kejadian. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Heheheee





Design pelamin lebih mudah jika latar belakang pelamin sudah siap. Tambahkan pencahayaan dengan meletak lampu pendafloor di belakang bawah pentas. Bahagian depan pentas, cukup sekadar ditutup dengan karpet.





Pelamin siap tengah malam diiringi bunyi mercun sana sini. Sekali sambut malam tahun baru 1.1.2016. Nervous tunggu hari esok, hari menjadi isteri kepada seseorang.



***************************

Pelamin DIY guna tisu sangat jimat dan sedap mata memandang. Bajet yang diperlukan sekitar RM200 termasuk sewa kerusi. Dah siap majlis, guna semula langsir buat alas meja, sarung bantal dan lain-lain. Bunga hiasan boleh guna semula untuk dekorasi ruangan dalam rumah. Tisu tadi pula kumpulkan letak dalam kotak, boleh guna semula lepas orang sudah makan. Pakai sampai habis.

Kredit : Siakap Keli


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus idea ni. Boleh cuba kalau ada masa n tenaga. Hehe

Ada sebab kenapa murah 200, sebab kena keluar tenaga n masa sendiri.

Tapi ok la utk siapa2 yg ada masa, minat n kesabaran. Kalau x, bayar pelamin bajet ok dah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 06:37 PM | Show all posts
pelamin guna bunga tisu idea lama kan.. masa aku tunang tahun 2012 rasanya org dah guna bunga tisu. time tu, hantaran, pelamin, bunga telur pun guna bunga tisu. tapi memang jimat pun. cuma kena rajin sket ar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:15 AM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 20-1-2016 06:37 PM
pelamin guna bunga tisu idea lama kan.. masa aku tunang tahun 2012 rasanya org dah guna bunga tisu.  ...

aah betul tu , dedulu pun opah iols buat bunga tisu lah letak kat buaian adik2 sedara iols , sekarang ni semua guna duit je , xde dah guna buai yg tengah2 ada kayu tu , iols pun dah ingat2 lupa bentuk buai dedulu .

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:50 AM | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 21-1-2016 10:15 AM
aah betul tu , dedulu pun opah iols buat bunga tisu lah letak kat buaian adik2 sedara iols , sekar ...

buat mende letak kat buai. majlis berendoi ek?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:54 AM | Show all posts
cantik pelamin dia...btl2 kreative
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2016 11:02 AM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 21-1-2016 10:50 AM
buat mende letak kat buai. majlis berendoi ek?

ye orang dedulu kan buat buai majlis berendoi kan buaian n hias2 bt sendiri je .

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 12:50 PM | Show all posts
Ni baru betul berkongsi idea macam mana nak jimat untuk belanja kahwin.
Ini tidak, konon nak bagi tips jimat belanja kahwin, tapi asyiklah cakap kena bersederhana bagai. Tips bersederhana tu tak nak bagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 04:30 PM | Show all posts
nak buat mcm nilah..tp xnk buat sndri.. upah adik2 n sepupu sepapat
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 05:16 PM | Show all posts
Elok le pandai berjimat DIY sendiri hasil pun menarik dan kreatif tak perlu membazir hanya untuk decor pelamin je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 04:41 AM | Show all posts
kretip. minah suke.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 10:43 AM | Show all posts
pokok pangkal.. rajin dgn malas je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan... Jimat, cantik & simple.

Iols tlg member pasang photobooth pon dah pitam.. Ini pulak pelamin
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 12:53 PM | Show all posts
Gud idea...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 04:26 PM | Show all posts
Kreatif dan murah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:56 AM | Show all posts
kreatif...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kreatif .. boleh juga buat bunga pahar .,
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dok kawen.x ambik port.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:17 AM | Show all posts
Esmiria replied at 25-5-2017 06:11 PM
aku dok kawen.x ambik port.

Ko nanti kawin dgn laki ke pompuan? Mcm mana dgn aktiviti lesbian ko?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 10:53 AM | Show all posts
Sedaplah mata memandang, pelamin nora danish hijau menyala pun kalah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.755124 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list