|
|
Oleh Adib ZA

Pada masa ini, limau mandarin memang boleh didapati dengan mudah sekali.
Ini kerana Tahun Baru Cina bakal menjelma tidak lama lagi.
Tak tahu nak buat apa dengan limau mandarin, boleh cuba resipi mudah ini, limau mandarin celup coklat.
Pasti anak-anak gemarkannya, malah tetamu semua pasti suka! Jom cuba ya!
Bahan-bahan:
7-8 biji limau mandarin
coklat hitam, dicincang
sedikit garam
Cara-caranya:
1. Kupas limau dan biarkan ia dalam keadaan seulas-seulas.
2. Cairkan coklat hitam dalam mangkuk.
3. Kemudian, celupkan limau mandarin sehingga sebahagian.
4. Jangan lupa percikkan sedikit garam.
5. Simpan seketika dalam peti sejuk agar coklat tadi mengeras. Sedia dihidangkan! - CARI Infonet

(Sumber resipi/ foto: The Comfort Of Cooking) |
|