CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3068|Reply: 19

Mengapa Mudah Lupa Berbakti Pada Ibu Bila Sudah Beristeri?

[Copy link]
Post time 20-1-2016 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za






Kadang kala, kisah yang dipaparkan laman sosial, bukan semuanya yang bersifat negatif.



Banyak juga input dan juga pengisian yang boleh dihadam jika bijak menapisnya.



Seperti kisah yang dikongsi seorang netizen ini, boleh membuka mata hati dan kembali menyedarkan masyarakat terutamanya anak muda tentang pengorbanan ibu bapa mereka.



Kisahnya bermula apabila seorang anak rasa berkira-kira untuk membantu ibunya yang perlukan wang RM300. Ini kerana dia perlu mendapatkan persetujuan si isteri terlebih dahulu.



Dalam pada itu, lelaki tersebut terfikirkan kos untuk membeli barangan untuk bayinya. Dia teringat bagaimana waktu kecil dahulu ibu menatangnya bagai minyak penuh.



Kini dia sedar, permintaan ibu untuk 'meminjam' wangnya sebanyak RM300 itu bukanlah satu bebanan sebaliknya anugerah yang harus disyukurinya.



Lelaki itu lantas memeluk ibunya dan meminta maaf kerana alpa dan tidak pandai membalas budi.






Gambar sekadar hiasan.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah:



1. Jangan sesekali berkira dengan ibu dan bapa anda. Bantu mereka selagi mampu dan berikan yang terbaik untuk mereka.



2. Buat para isteri, jangan sesekali mengongkong kewangan suami anda kerana dia juga perlu berbakti kepada orang tuanya, selain memberi nafkah kepada anda dan anak-anak. Begitu juga sebaliknya untuk sang suami.



3. Jangan lupa bahagiakan ibu bapa anda sepanjang masa. Pengorbanan mereka membesarkan anda tiada ternilai dan golok gantinya. - CARI Infonet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
isteri dia mesti lawa macam maria faridah khuennnnn

#jagabaikbaikphuii
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 03:11 PM | Show all posts
sbb tu la aku masih belum resign lagi, kalau aku resign segan pulak nak mintak kat laki sb nak bg duit kat mak bapak...
moga2 Allah akan terus bg aku kekuatan fizikal & metal agar aku blh terus bekerja dan  sumbang duit kat mak pak setiap bulan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 04:18 PM | Show all posts
isteri kalau takde, boleh cari lain. bukan sorang, malah 4 sekali gus...kalau mampu.  tapi ibu.... walau seribu pun, takkan sama dgn ibu kandung sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 05:22 PM | Show all posts
beruangcomel replied at 20-1-2016 04:18 PM
isteri kalau takde, boleh cari lain. bukan sorang, malah 4 sekali gus...kalau mampu.  tapi ibu.... w ...

ibu pun kalau aysik nak fikir susah dia , kahwinkan anak ko buat apa ?



susukan saja anak jantan ko sampai ke tua

sedo lah diri

kalau sudah berkahwin , maka ko ada isteri

kena fikir lah


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 05:34 PM | Show all posts
ye... betul.....

harap2 anak i bg je duit bila i minta nanti... hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2016 05:50 PM | Show all posts
Ya Allah, jadikanlah Aku Anak yg berbaju pada ibu n juga bapaku. Jangan jadikan aku Anak derhaka. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LuLu^Lost at 20-1-2016 09:10 PM

Teringat kisah dulu2. Masa tu sy baru kerja dan baru dpt gaji pertama (kurang RM1,000). Ayah masih bekerja pada waktu itu, datang kuala lumpur sbb ada kursus. Dia datang naik bas kat pudu. Otw hantar ayah ke pudu semula utk balik kampung. Ayah tanya "lulu (bukan nama sbnr) ada duit tak, ayah nak pinjam sikit, boleh? Nnt ayah byr balik"

Omg 1st time dgr ayah kata nak pinjam duit kat anak. Dan time tu juga sy rasa malu dan tak logik. Ayah pinjam duit anak? Bukan dia minta duit beli kereta pun, tp hanya sekeping dua buat tambang dan belanja di kampung. saya tanya, kenapa ayah cakap nak pinjam dan nak byr balik? tak payah. nah amik RM200, ni 1st gaji dan 1st time bagi duit belanja kat ayah..hehe" Terdiam sy sepanjang perjalanan balik lepas hantar ayah ke pudu. Balik rumah sewa cerita kat housemate sambil teresak2 nangis. Sedih. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah,mil aq ada je pencen lbey 2k..tp dia ggih membela sil aq laki bni yg kuat mentekadarah.pas uh minx kt laki aq duit..aq sndri ta pnh dpt pun.mang la aq brangen!ce adil,kot mil aq dpt 400rm aq dpt 200rm,aq pun ta bsing..aq duk uma bkn goyang kaki,keje ta hbis2..lg ada ank kcik,aq ta mengeluh pun.aq bsyukur je,cuma kdg2 rasa kcik aty timbul ble aq diketepikn
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:17 AM | Show all posts
Ye, bila lelali berkahwin tetap kena bertanggungjawab kepada ibu dan bapa.... tetapi jangan sampai Isteri terabai nafkahnya & jgn guna lasan isteri berkerja untuk culas bagi nafkah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila ibu bapa sudah tiada barulah tahu apa rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:33 AM | Show all posts
abg iols xpernah bagi mak iols duit , sebab mak iols yg ckp xyah bagi , mak iols cakap kesian kat dia umah sewe nak byr , kete nak bayar . dalam masa tu jugak boleh je simpan duit kawen , minggu depan dia nak nikah . dapat pulak bkl bini yg iols nampak bakal control duit n segala hal abg iols tu . tapi iols dah sound awal2 bkl bini dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:21 PM | Show all posts
krustykrab replied at 20-1-2016 03:11 PM
sbb tu la aku masih belum resign lagi, kalau aku resign segan pulak nak mintak kat laki sb nak bg du ...

kann......semoga kita diberi kesihatan yg baik untuk terus bekerja...amin...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:38 PM | Show all posts
krustykrab: sbb tu la aku masih belum resign lagi, kalau aku resign segan pulak nak mintak kat laki sb nak bg duit kat mak bapak...moga2 Allah akan terus bg aku k ...


btl...samelah ngan aku ni.pk mcmtu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:43 PM | Show all posts
clarizsa: ye... betul.....harap2 anak i bg je duit bila i minta nanti... hehehe


kene didik dari awal ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:32 PM | Show all posts
Edited by faraway1 at 21-1-2016 01:30 PM

sebab tu kami laki bini plan kewangan,
sebab harap in future tak perlu nak menyusahkan anak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2016 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk rezeki murah rajin2 la bg duit kt mak pak..aku tgk abg aku sdiri. Dulu start keja gaji kecik smpi skrg gaji 5angka pun tetap mak no. 1. Duit bulan2 tetap bg, pastu siap tya, mak nk apa mak, long beli. Henbeg, tudung, smpi ke keta, sume dia layan. Ktorg adik2 pakat doa murah rezeki dia sbb boleh tmpg sekali
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 02:31 AM | Show all posts
matchstick replied at 21-1-2016 11:41 AM
Nk rezeki murah rajin2 la bg duit kt mak pak..aku tgk abg aku sdiri. Dulu start keja gaji kecik smpi ...

bagusnya abang u, sejuk perut mak mengandung...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 08:16 AM | Show all posts
mende ni laki ke perempuan ke mesti tolong mak ayah balas balik jasa dan bakti.. dengan cara macam ni pun kadang tak termampu nak membayar semula apa yang mak ayah kita dah korbankan untuk kita tu.. jadi, apalah sangat dengan hulurkan duit bulanan kat mak ayah tu..

untuk lelaki yang dah kawin, hulurkan pada mak ayah tapi jangan sampai terabai isteri dan anak2..
untuk perempuan pulak, takder salahnya hulurkan duit kat mak ayah walaupun dah berkahwin.. bantu kewangan mak ayah tu besar pahalanya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 10:41 AM | Show all posts
mcm aq lak.. nak bg duit kt mak. tp mak ckp xpyh la guna utk kau... skng ekonomi tnggi... mak masih ada duit ... tp wlau mcmna pun .. aq bkeras nk bg jg... so rasanya mcm ni x salah kan... .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.074574 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list