CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7985|Reply: 59

El-Nino Terburuk Bakal Melanda Malaysia, Apa Anda Perlu Tahu!

[Copy link]
Post time 19-1-2016 01:55 PM | Show all posts |Read mode






Oleh: Fyruz Hanna


Jika anda perasan, sejak sebulan ini, kita seakan terasa bahang dan panas yang melampau. Malam-malam juga tiada angin. Tahukah anda sebenarnya Malaysia dalam frasa perubahan cuaca iaitu keadaan panas kering atau lebih dikenali dengan nama El-Nino. El- Nino merupakan bahasa Sepanyol yang membawa maksud : keadaan panas.


Apa itu EL-Nino?


✔ El-nino adalah satu fenomena permukaan laut menjadi lebih panas terutamanya di tengah dan timur Laut Pasifik.


✔ Lebih dikenali dengan frasa pemanasan laut.


✔ Fenomena ini berlaku tidak menentu dan berlaku sekali dalam dua ke tujuh tahun dan boleh berpanjangan sehingga setengah tahun.


Bila kali terakhir Malaysia diserang El-Nino?


✔ Direkodkan kali terakhir El-Nino berlaku pada Jun, 2009 dan Mei, 2010.


✔ Rekod terburuk El-Nino seluruh dunia adalah pada tahun 1982-1983 dan 1997-1998 yang mana kebakaran hutan yang berlaku hampir di seluruh negara dan menyumbang kepada keadaan jerebu yang teruk.


✔ Ramai yang terbunuh dan juga kehilangan tempat tinggal akibat bencana ini.


✔ Sebanyak 8 hingga 10 juta hektar hutan musnah dan 40,000 mangsa terkesan akibat daripada pembakaran hutan di sempadan Malaysia dan Indonesia.
Malaysia dalam pada itu menjalankan operasi cegah jerebu yang menghantar pasukan penyelamat Malaysia ke Indonesia untuk membantu menangangi krisi jerebu terburuk yang melanda dua negara itu.


Adakah Malaysia sedang mengalami El-Nino?


✔ Jangkaan Jabatan Metereologi Malaysia mendapati fenomena El-Nino akan melanda Malaysia pada November 2015 dan Januari 2016. Pakar turut meramalkan kesannya sama buruk seperti yang penah berlaku pada lewat tahun 1997.


✔Untuk rekod, Malaysia mencatatkan suhu terpanas iaitu 40.1°C pada April,1998.

Apa yang bakal berlaku?





✔ Seperti yang sedia maklum, negeri seperti Kedah yang mempunyai kawasan bendang padi yang luas akan terjejas daripada segi hasil, dan Malaysia akan mula kekurangan bekalan beras tempatan dan memaksa untuk mengimport makanan asas itu yang mengakibatkan kenaikan harga barangan itu.




✔ Perkara yang sama berlaku pada industri soya di India, dimana disebabkan El-Nino, India terpaksa mengimport barangan tersebut dari Malaysia dan Indonesia.


Kesan kepada Malaysia?




✔ Menurut Dr Dzeaman Dzulkifli, Pengarah Eksekutif,  Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC), bakal mengalami keadaan terburuk sama seperti yang pernah dilalui pada tahun 1997.








✔ Menurut Dr Thomas Smith, Pensyarah, Fakulti Fizikal & Geografi Persekitaran dari King's College London fenomena yang berlaku kali ini sangat unik. Kerana jika dulu EL-Nino berlaku sekitar 2 hingga 7 tahun namun kini fenomena ini lebih kerap






Malaysia boleh ikut langkah Australia dalam menangani masalah air


Kenapa Australia: Mudah. kerana Australia mempunyai padang pasir yang luas.


Oleh kerana Australia merupakan negara kering jadi rakyatnya sudah terdidik dengan langkah penjimatan penggunaan air.






Kerajaan Australia juga mewajibkan semua rumah untuk membina sistem tadahan air hujan.


Manakala di Jerman, mereka mengambil langkah lebih kehadapan dengan mengenakan cukai hujan! Dengan bahasa mudah mereka akan mengurangkan cukai jika setiap rumah menggunakan lebih banyak air hujan.


Namun, harga untuk pemasangan setiap alat ini bukannya murah kerana menelan belanja daripada RM1500 hingga RM10,000.


Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini mengaktifkan serta merta kumpulan kerja bagi menangani situasi panas dan kering yang berpotensi mewujudkan kesan kebakaran hutan, penurunan paras air empangan dan juga jerebu.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, mula lakukan penjimatan dan bersama-sama bantu cegah perkara yang boleh memberi impak kepada fenomena El-Nino untuk terus berlaku.-CARI Infonet.


Sumber: poskod.my, wikipedia, kosmo, Sinarharian, trcrc, cilisos, CNN, Bernama.
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 01:57 PM | Show all posts
boleh jer wat pembenihan awan hari hari kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:00 PM | Show all posts
di kedah ni tiap tiap hari hujan lebat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:00 PM | Show all posts
baca pun dah rasa kepanasannya ..



Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:07 PM | Show all posts
uori replied at 19-1-2016 02:00 PM
baca pun dah rasa kepanasannya ..

kepanasan tang lain tuh.. part cukai..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:09 PM | Show all posts
baca pun jadi panas..hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2016 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt tpt aku dh stat kemarau dah.kena berjaga2 dan penjimatan bkalan air.smg hujan dtg
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:15 PM | Show all posts
chinta89 replied at 19-1-2016 02:07 PM
kepanasan tang lain tuh.. part cukai..

jangan bikin panas lagi, okayyy



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
El nino buat makcik sesak nafas

#walauponkutakmerinduikautetapkembali
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:17 PM | Show all posts
kat seremban selalu hujan...tp ble panas tu panas sgt la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terpikir kalo water catchment tank tu ada kat opis2 malaya ni ok jgk kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:18 PM | Show all posts

El-Nino ni kerap muncul bila ekonomi dunia merundum...motip coincident sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka lah..kat tempat i 2-3 hari ni redup jah..ada lah jugak hujan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:36 PM | Show all posts
mesia ni bencana terbesar ialah El-bijan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:41 PM | Show all posts
tak caya aku dgn ramalan2 ni...menipu je..
aku hanya percaya pada kuasa Allah SWT..
banjir kat pantai timur tu paling dashyat..takde ramalanpun..
gempa kat gunung kinabalu tu, takdepun dorang ramal...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:45 PM | Show all posts
kat Kl ni at times mendung/hujan 2 hari, panas terik sehari.. tp kalau panas mmg sgt panas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 02:53 PM | Show all posts
tak apa...nanti turun pula salji lepas ini.....

boleh lah main salji pula....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:56 PM | Show all posts
sebab utama e-nino adalah:

1. 1MDB
2. Najib
3. Rosmah
4. BN
5. UMNO
6. 2.6bil
7. GST
8. Tppa
9. BRIM


berita ringkas dari bilik berita reporter otak DAP & PKR....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:58 PM | Show all posts
nak kena cuci bekas buat simpan air.. mana la tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:04 PM | Show all posts
kenapa di tanah air kita tak galakkan tadahan/proses air hujan di rumah iya?

rasa akak memang ada kan tangki yang tesedia untuk tadahan air hujan,,, heshe ada filter kat dalam ke acaner tak tahu la pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 1.256122 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list