View: 5638|Reply: 35
|
[Tempatan]
Bagi gaji minimum RM1,500 kalau betul-betul prihatin
[Copy link]
|
|
Bagi gaji minimum RM1,500 kalau betul-betul prihatin
ATIRAH HASLI
18 Januari 2016
[url=]
[/url] [url=][/url]
3
Khalid Atan - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC), Khalid Atan hari ini mencadangkan kerajaan meningkatkan kadar pendapatan minimum sehingga RM 1,500.
Beliau meminta kerajaan mengkaji semula kadar pendapatan minimum yang ditetapkan oleh kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2016 pada Oktober tahun lepas.
Di samping itu, beliau turut mencadangkan pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) sekurang-kurangnya RM300 kepada pekerja sektor swasta dan awam.
"Itupun kalau kerajaan prihatin dengan 42 peratus rakyat yang bergaji RM3,000 ke bawah.
"Kita selalu dengar kerajaan sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat, tetapi kita tak pernah ambik tahu berapa ramai yang terkorban demi pengorbanan itu," katanya dalam Wacana Siri 37: Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini‎.
Menurutnya lagi, pemberian kadar Cola haruslah sesuai dengan kadar semasa bagi harga barangan dan kos di negara ini.
“Jangan hanya bagi Cola RM30 sahaja. Dulu kalau bagi Cola RM30 sudah dikira memadai, tetapi sekarang, kalau nak bagi RM30, baik tak payah (tidak perlu).
“Bagilah Cola RM 300, sesuai dengan peredaran masa sekarang,” katanya lagi.
Kemelut ekonomi yang melanda dunia awal tahun ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Mereka yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin tegar di kawasan luar bandar dan golongan miskin di banda‎r.
"Kalau boleh, naikkan gaji. Gaji RM 1,200 pun sudah tak cukup. Sekurang-kurangnya gaji minimum perlu RM 1,500.
"Dengan Cola RM 300, ditambah dengan gaji RM 1,500, kita boleh mula tengok keadaan dari situ," katanya lagi.
Dalam pada itu,beliau turut menyeru kerajaan dan majikan menghapuskan diskriminasi yang wujud antara pekerja swasta dan kakitangan awam.
Menyatakan tiada keperluan wajar bagi perkara tersebut, Khalid menjelaskan, ia turut bertentangan dalam proses pentadbiran dan pengurusan negara Islam
.
"Kita ini negara Islam. Jadi kita ikutlah proses negara Islam. Kakitangan kerajaan dapat Cola, kenapa majikan swasta tak mahu beri Cola kepada pekerja?
"Bila saya keluarkan kenyataan dan persoal tentang perkara ini, esoknya kerajaan jawab, majikan tidak perlu sediakan Cola. Saya bukan minta kerajaan bayar Cola (kepada pekerja swasta) tapi yang saya minta adalah majikan sektor swasta,” ujarnya.
Khalid turut menyarankan kerajaan supaya menggubal dasar yang mewajibkan majikan membayar Cola kepada pekerjanya.
"Apa salahnya gubal dasar untuk majikan? Bukankah lebih baik jika semua sama. Semua dapat Cola?" katanya lagi.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/bagi-gaji-minimum-rm1-500-kalau-betul-betul-prihatin-1.474230
|
|
|
|
|
|
|
|
nk sma rata, komuniskan je la |
|
|
|
|
|
|
|
Komunis pun x sama rata. Kt china, staff gomen mewah gila sebab bleh swipe sana sini. Buruh nasib paling teruk sebab ianya jd pekerjaan warisan. |
|
|
|
|
|
|
|
komunis korea utara la bai
lu x rasa ke ada persamaan komunis china dgn umno mesia? staff gomen dan munturi mewah gila ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju bg rm300 utk pekerja swasta..
rm1500 gj min tu xmembantu lgsg sbb nanti rege brg naik giler2 jgk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti byk syarikat swasta kecik2 yg gulung tikar. |
|
|
|
|
|
|
|
main sedap nak gj tinggi wpun tukang cuci...
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata bagi gaji RM1500 tapi cuti hanya hari ahad jer nak gaji lebih kena kerja lebih. Bila gaji lebih pun yang diutamakan besarkan hutang lagi adalah. Tak pun buat modal bercuti ke luar negara. Yang penting naik gaji, barang automatik naik juga. |
|
|
|
|
|
|
|
itu pun asal keluarga berada...mana nak tau orang kuli bawah...
|
|
|
|
|
|
|
|
900 pn mjikan bg syarat mcm2 dh...ni kn 1500..harapn sgt nk dpt.. |
|
|
|
|
|
|
|
mintak la bang..... tapi abam mau ingat juga, yg gaji extra tu nak cekau kot mana? harga barang la kan bang.... so gaji naik, rege barang naik. maka gaji yg naik itu takdak maknanya bang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun sekadar tukang cuci, tetapi ketiadaan mereka boleh meloyakan tekak kita. Bayangkan kalau tak ada cleaner tandas, cleaner restoran, cleaner jaraya, cleaner bilik2 hotel, cleaner alam flora, boleh pengsan semuanya. Sepatutnya gaji orang2 mcm nilah yg diberi gaji lebih. (Ini cakap sayalah....)
|
|
|
|
|
|
|
|
bluehedgehog replied at 19-1-2016 08:34 AM
komunis korea utara la bai
lu x rasa ke ada persamaan komunis china dgn umno mesia? staff gomen ...
Ada sedikit la. Tp dulu. Skrg swasta pun sama2 je senang dpt loan kt malaysia. Jadi, keberanian utk org swipe sana sini wujud bkn dr staff gomen je. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg la x de duit nak bayar gaji cleaner mahal2...director nak pakai keta mewah, nak elaun meeting, nak elaun golf, nak elaun anak bini, nak elaun travel, nak gaji bulanan minimum rm 20 k...
penyakit kat malaysial ni adalh jurang kaya dan miskin yg makin melebar... |
|
|
|
|
|
|
|
sian lah ke deme dino weh...baru pagi ni ambe borak nge mokcik cleaner...gaji dia 800...boh takmboh wat naik gaji...gaji member cleaner bangunan sebeloh 1000...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadkan peratus pekerja asing berbanding local bagi sektor buruh intensif.
Boleh naikkan gaji minimum tinggi sedikit tapi hanya untuk pekerja tempatan.
Warga asing tu ikut budi bicara majikan dan pekerja itu sendiri. Menetapkan gaji minimum untuk semua pekerja tidak menguntungkan pekerja tempatan kerana rata2 gaji mereka telah melebihi tangga gaji tersebut walaupun tidak semua serta bergantung kepada sektor. Yg untung adalah pekerja asing dgn tenaga kerja tempatan masih berada di paras yg sama. Kenaikan kos buruh syarikat tidak memberi makna dan menyumbang kepada pekerja tempatan.
Penetapan aras minimum gaji juga harus memberi anjakan gaji kepada peringkat gaji peringkat atas. |
|
|
|
|
|
|
|
1500 ni utk bujang, tu pun xckp. kalau yg bekeluarga lg la...
Gaji naik brg naik, sm ler jugekk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|