Nike bakal saman JDT?FMT Reporters
|January 18, 2016
Ia disebabkan penggunaan logo Adidas yang tertera pada pakaian pemain JDT VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Laman portal pro UMNO, Mykmu.net menjangkakan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) bakal berhadapan dengan tindakan saman oleh jenama sukan utama dunia, Nike.
Kemungkinan itu dibuat berikutan penerbitan sebuah klip video promo oleh pasukan berkenaan yang menyerupai klip video Nike seperti disiarkan pada 1998.
Menurut laman portal itu, konflik mengenai perkara tersebut mungkin menjadi lebih serius ekoran logo jenama Adidas yang tertera pada baju yang dipakai oleh para pemain JDT di dalam klip video berkenaan.
Mykmu.net mendakwa, Adidas merupakan musuh utama Nike dalam perniagaan pakaian sukan.
“Sekiranya pihak Nike Asia melaporkan kepada ibu pejabat mereka, kita mungkin menyaksikan satu pertarungan mahkamah yang maha besar di negara ini dalam beberapa bulan mendatang,” katanya.
|