CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43258|Reply: 313

Kicap Tirana saman Azwan Ali. #84 Azwan Ali Diminta Mohon Maaf

[Copy link]
Post time 18-1-2016 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-1-2016 10:06 AM

Kicap Tirana saman Azwan Ali

http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/18/kicap-tirana-saman-azwan-ali/

PUBLISHED: Jan 18, 2016 01:16pm
UPDATED: Jan 18, 2016  01:16pm

Selebriti terkenal tanah air, Azwan Ali bakal berhadapan tindakan saman oleh  syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera, Tirana Products Sdn Bhd sekiranya  tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej syarikat terbabit, sebelum  26 Januari ini. - Foto TRP/Syahirah Roslan

PETALING JAYA, 18 Januari:
Selebriti terkenal tanah air, Azwan Ali bakal  berhadapan tindakan saman oleh syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera, Tirana  Products Sdn Bhd sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej  syarikat terbabit, sebelum 26 Januari ini.

Menurut peguam yang mewakili syarikat berkenaan,  Adnan Seman, pihak beliau telah memberikan notis tuntutan kepada Azwan pada 12  Januari yang lalu dengan beberapa tuntutan yang antaranya ialah menarik semula  kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam  tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.

“Pada 12 Januari kita sudah keluarkan satu surat  tuntutan yang mana berkaitan dengan banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Azwan  Ali melalui akaun Instagram beliau menggunakan nama ‘divaazwanavazz’.

“Tuntutan ini selama 14 hari untuk beliau secara  ringkasnya pertama untuk mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf secara  bertulis dan kepada anak guam kami dan juga untuk mengeluarkan satu akujanji  untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun video yang tidak benar  serta bersifat fitnah terhadap produk keluaran anak guam kami.

“Kita juga menuntut permohonan maaf secara  bertulis yang disiarkan dalam satu akhbar tempatan. Notis 12 Januari telah  dikeluarkan dan beliau juga di Instagram telah memaklumkan telah menerima notis  tuntutan dan beliau nampaknya bersedia untuk disaman.

“Di pihak kami memberikan beliau 14 hari maka  Azwan ada masa sehingga 26 Januari ini untuk memberikan jawapan dan memenuhi  tuntutan yang kami buat, sekiranya beliau tidak memenuhi tuntutan yang diberikan  saya akan berbincang semula dengan anak guam sama ada ingin meneruskan saman  atau tidak,” katanya di dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, pemilik bersama syarikat ini, Dr  Hilmi Murad Mohamed berkata bahawa tindakan Azwan itu memberikan impak yang  buruk kepada syarikat mereka dan mengharapkan agar pihak plaintif dapat  mengambil langkah untuk menjernihkan kembali keadaan.

Beliau berkata, kenyataan-kenyataan yang  dikeluarkan Azwan di laman Instagram itu disifatkannya melampau dan dirinya  maklum berkenaan perkara tersebut selepas tiga hari iklan mereka disiarkan di  televisyen hujung tahun lalu.

“Komen-komen yang diberikan agak pedas dan agak  melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk, tetapi ada cara untuk kita tegur.  Tegur dengan cara beradab, kita orang Melayu dan kita beragama Islam..kita ada  cara yang lebih beradab.

“Komen-komen sedemikian tidak mencerminkan  peribadi yang baik, dan tidak mencerminkan imej yang baik, dan seterusnya kesan  kepada kami mencerminkan imej yang buruk dan juga peribadi yang buruk terhadap  jenama kami.

“Kami tidak boleh menerima dalam keadaan macam  itu,” katanya.

Dalam masa itu, Hilmi menjelaskan bahawa Datuk  Aznil Nawawi bukanlah duta kepada produk berkenaan sebaliknya Aznil hanya  terlibat sebagai pelakon di dalam iklan komersil terbabit.

“Dia bukan duta tapi dia terlibat dalam  mempromosi iklan kita, jadi jumpa tak jumpa soal syarikat, untuk isu ini tiada  perjumpaan dengan Pak Nil,” tambahnya.

Sebelum ini, Azwan di dalam Instagramnya memuat  naik komen dan juga video berupa provokasi ke atas iklan komersil Kicap Tirana  yang ditayangkan di televisyen dengan menampilkan Aznil Nawawi.

Malah Azwan juga turut mengajak pengikut  Instragramnya bersama-sama mengutuk iklan tersebut dengan menawarkan rendang  buatannya secara percuma.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 01:50 PM | Show all posts
kalau kena saman, mampoo ke diva nak bayar?

seems like he dont bother..

divaazwanavazz#SAMANisON
AGAINST KICAP PLG
GAMPANGSSS ! SOOOONNNN
ariz.iiHmmm . Kicap Tirana lah sangat 😒
ariz.iiHuhuhu
jjousshuaBeraninya Diva AA wow curlass
jjousshuaDiorang lupa azwan ali ni pnah blajar law
divaazwanavazz@ariz.ii #IklanKICAPplgGAMPANGSSS #SAMANmakDIA
divaazwanavazz@jjousshua #IklanKICAPplgGAMPANGSSS #SAMANmakDIA
apa2ajaBerani diorg cemarkan nama #AGONG truly Diva AA? #LUDAHHH #KENTUTTTT #SENDAWAAA kan aje diorg ni.
divaazwanavazz@apa2aja #IklanKICAPplgGAMPANGSSS #SAMANmakDIA
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:51 PM | Show all posts
kahkahkah! saman je ponen bedebah nih sampai tinggal spender!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni divaAA lelong rendang nk baya loyar
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:57 PM | Show all posts
Ampunnn.....


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman je pondan arbok ni
Makin lama makin sewel
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman ja si puaka ponen ni. Selayaknya kena panah petir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 02:04 PM | Show all posts
padan muka! kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:05 PM | Show all posts
saman je, jangan teragak-agak. biar sampai tinggai spenda. geram amat dengan ponen tua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:07 PM | Show all posts
akak rasa bukan psal saman si pondan tu tapi mencapub kicap theyols
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 18-1-2016 01:59 PM
Saman je pondan arbok ni
Makin lama makin sewel

lama x dengar ayat arbok. last dengar masa kt uni dulu. tringat kt arwah kawan aku. slalu dok citer roommate dia tu arbok. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:11 PM | Show all posts
AA tu acah2 tak gerun jah nk kena saman
harus lepas ni mencicit keluar statement mntk maaf segala
konon selepas mntk petunjuk Allah
buat solat tunggang terbalik mntk Allah tunjukkan jalan kebenaran
lepas tu buat statement
'AA di pihak yang benar'
'minta maaf bukan takut kn saman..tapi sbb petunjuk daripada Allah'
'AA tak nak keruhkan keadaan dan membabitkn pencacai di instgram'

else, pegi mntk Azmin Ali utk tolong
maklumkan berkeluargakan MB
harus rasa diri jadi agong terus bukan diva lagi dah

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:12 PM | Show all posts
saman je divaAA nih.. kang kalau org ugut nak sunat tau la gelupur telorrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:12 PM | Show all posts

iklan pun hauk gak sebenarnya kan sis? minah salleh mana ntah diorang rembat dok jadi pelakon. Rasa macam tonton iklan tahun 80'an jaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 18-1-2016 02:11 PM
AA tu acah2 tak gerun jah nk kena saman
harus lepas ni mencicit keluar statement mntk maaf segala
...

Xlupa juga mgkin keberangkatan beliau g umrah utk kali ke 9 or 10 ntah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya still bg 14hr...patut dgn follower2 yg join sekaki tu disaman...

Jgn mencicit pondan tua ni mcm kes rani kulup aritu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:17 PM | Show all posts

ok aku setuju dgn azwan ali..iklan dia mmg gampang..abis laa nnt kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:18 PM | Show all posts
kesian kicap...kicap tak bersalah.tapi dendam kesumat punya hal...kannn dah mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:18 PM | Show all posts

tapi iklan derang mmg hauk pun
ya ampun kicap tirana, jangan saman akak plak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.412177 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list