CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10055|Reply: 43

[Edisi Keluarga Bahagia] Zamarul Hisham jadi lebih baik selepas rujuk

[Copy link]
Post time 18-1-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 19-1-2016 08:56 AM

Zamarul Hisham Berubah Menjadi Lebih Baik Selepas Rujuk Dengan Diana Rafar


Pernah satu ketika rumah tangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar dilanda badai sehingga merobohkan rumah tangga yang dibina. Namun, kekuatan cinta dan kasih sayang membuatkan pasangan ini kembali rujuk semula.

Sejak daripada saat itu, Zamarul mengakui kehidupannya kini bersama keluarga lebih bahagia daripada sebelumnya. Buat Zamarul, tiada apa lagi yang beliau inginkan selain menjaga “harta” yang sangat berharga buat dirinya.

    "Terus terang cakap, sekarang ini tiada apa yang diinginkan lagi selain menjaga harta yang saya ada sekarang iaitu keluarga tercinta. Bila orang yang disayangi gembira, sekali gus hati kita juga turut gembira dan tidak dinafikan setiap apa yang dilakukan berjalan lancar."

Tambah Zamarul, beliau setiap hari ingin menjadi insan yang lebih baik dan belajar daripada perpisahan yang lalu. Apa yang berlaku pada rumah tangganya sebelum ini adalah satu ujian buat beliau untuk lebih kuat dan mengajar beliau untuk menjadi seorang  ketua keluarga yang baik.

   " Apa yang berlaku dalam rumah tangga saya sebelum ini adalah ujian daripada Allah kerana apa yang datang daripada-NYA memang tidak dapat diduga. Rumah tangga ini ibarat sebuah kapal, ada ketikanya belayar di air tenang dan ada waktunya dilambung ombak.

    Apa yang dapat saya pelajari daripada perpisahan sebelum ini ialah kita perlu menghargai apa yang ada dan jagalah ia sebaik mungkin kerana dalam sebuah rumah tangga perlu ada sikap tolak ansur dan percaya antara satu sama lain. Apa-apa hal yang berlaku, mesti dibawa berbincang dan selesaikan segera ."

Memang jelas Zamarul Hisham dan Diana Rafar tampak lebih bahagia sekarang. Dalam rumah tangga ini, sikap sabar dan toleransi adalah kunci utama agar ia kekal sehingga ke akhir hayat. Janganlah terlalu ego, kerana jika nasi sudah menjadi bubur bukan senang untuk bina semula hubungan yang hancur.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 01:35 PM | Show all posts
zamarul hisham akak selalu nampak dekat restaurant satay plaza masalam dekat shah alam. sorang2 je lepak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni nampak berkerak kan.

tak mcm hero bbnu masakini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:23 PM | Show all posts
suke dia blakon tp nama x top sgt... xde anugerah bkepuk2.. suka dia blakon dr hero2 skg yg blakon ntah pape zmn skg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah, tapi apa punca dia bercerai dulu ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 03:27 PM | Show all posts
jodoh masih panjang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2016 03:32 PM | Show all posts
meksim, jelita missfake dlm pic ni. motipppp ada cendawan?

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia berlakon ok tp dr dlu smpai skang nmpak busuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu plak zaman Zamarul jd "anak hikan" Tok Pah...

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 03:56 PM | Show all posts
Klu tak silap, dulu ada artikel/thread pasal Diana Rafar ni merungut si Zamarul ni suka membazir duit beribu2 sebab hobi kumpul vape memahal. Dah ok kot skrg, baguslah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 03:59 PM | Show all posts
Aku suke zamarul & zulhuzaimi

berlakon bagus then nampak cool macho2 jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 05:37 PM | Show all posts
Alhamdulillah bila ada usaha dan penghijrahan kpd kebaikan.  Lagi pun usia semakin tua, anak2 semakin membesar, pengalaman pahit pernah dilalui, masakan tak boleh berfikir lagi untuk menjaga dan menghargai apa yg sudah dlm tangan.  Isteri pun cantik dan rajin berusaha, nak dikejar yg mcmana lagi.  Pengalaman pahit sebelumnya perlulah dijadikan sempadan agar tak pisang berbuah dua kali, tidaklah yg dikejar tak kesampaian malah yg dikendong pula keciciran.  InsyaAllah, dgn tekad yg baik, dgn sokongan rakan taulan dan doa drp keluarga, akan baiklah semuanya.  Semoga ZH terus berjaya demi keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
estrelle replied at 18-1-2016 03:48 PM
Dia berlakon ok tp dr dlu smpai skang nmpak busuk

Ada pulak nmpk busuk. Macho ok.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 08:54 AM | Show all posts
berlakon mmg best mamat ni
antara peberet aktor termasuk zulhuzaimi
moga kekal hingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 08:55 AM | Show all posts
chinta89 replied at 18-1-2016 02:23 PM
suke dia blakon tp nama x top sgt... xde anugerah bkepuk2.. suka dia blakon dr hero2 skg yg blakon n ...

betull
dia sangat jantan kalau jadi hero.

Suara pun tak terkepit

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 09:00 AM | Show all posts
aku pun suke zulhuazimi
korang pernah tgk tak citer adaptasi dari novel - kau laksana bulan
dekat tv 1
lupa dah tahun bila
zul huzaimi dan ayu raudha
syokkkk sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 10:52 AM | Show all posts
best si zmarul nih..tp x popular sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
I like his acting..he better than most overrated actor.. hensem juga
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Princess_Na replied at 19-1-2016 08:31 AM
Ada pulak nmpk busuk. Macho ok.

Haa ok laa.sejak tukar jd baik ni iols tarik balik nmpak wangi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 11:18 AM | Show all posts
walaupun aku tak suka pasangan ni...
tapia ku suka dgn keharmonian yg kembali bertaut...
smoga terus aman bahagia selamanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.105727 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list