Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, orang ramai harus memanfaatkan pengetahuan mengenai denggi dengan bertindak memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes.
Beliau turut beritahu pernah ketika berada di kampus sebuah universiti tempatan, mendapati kebanyakan penuntut tidak mengutamakan kebersihan persekitaran kampus, sehingga kawasan kampus menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Kini negara kita sedang dilanda musim panas kering dan ketika ini turut merupakan waktu kemuncak merebaknya wabak denggi. Justeru itu, kementerian kesihatan menjangkakan kes jangkitan denggi mungkin akan bertambah secara mendadak sebanyak 50%, keadaan tersebut amat membimbangkan.
Namun demikian, pada masa sekarang, Kementerian Kesihatan sedang cuba menggunakan ubat racun serangga jenis BTI untuk mengatasi wabak denggi.
Akan tetapi, berikutan teknik tersebut tidak sesuai digunakan di dalam rumah, oleh itu tidak dapat mencapai 100% kesan penghapusan nyamuk Aedes.- CARI Infonet
Hujung2 minggu elok le check pesekitaran bersihkan apa yang patut. Selain persekitaran jadi bersih badan pun jadi sihat sebab banyak berpeluh masa melakukan aktiviti permbersihan.
Post time 17-1-2016 02:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semuanya masalah sikap. Buat la research mcm mana pun utk cegah aedes, tapi kalo sikap manusia yg tak jaga persekitaran dgn baik ni masih berleluasa, sah2 nyamuk membiak dgn gembiranya.