Edited by EJALTI at 16-1-2016 01:07 AM
Tandas sekolah kena 30sen dapat perhatian menteri
http://www.malaysiakini.com/news/326995
15 Jan 2016, 5:55 petang 15 Jan 2016, 6:00 petang
Langkah sebuah sekolah mahu mengenakan bayaran 30sen untuk penggunaan tandas mendapat perhatian Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“Dalam perhatian pengarah JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Pulau Pinang untuk tindakan susulan,” katanya di Facebook hari ini.
Mahdzir juga berkongsi sebuah status di Facebook yang menyebut Sekolah Menengah Kebangsaan St George di Pualau Pinang bakal mengenakan bayaran 30sen sekali masuk.
Idea itu dikatakan dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta alumni sekolah tersohor itu.
"Kementerian Pendidikan Malaysia, JPN, PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) masuk campur isu ini kerana sebagaimana kita tahu, semua sekolah ada kontrak pencucian kawasan, termasuk tandas yang telah dibayar kerajaan BN yang tercinta kepada kontraktor ," menurut status di Facebook Penang Kini.
Bagaimanapun, seorang guru sekolah itu Razuan Ibrahim mempertahankan tindakan itu dengan berkata pelajar mempunyai pilihan tandas percuma.
Dalam siri komen di Facebook, beliau menulis, pelajar hanya perlu membayar jika mahu menggunakan tandas berbayar yang lebih bersih.
Beliau berkata langkah itu adalah penyelesaian terakhir jika sikap pelajar menggunakan tandas tidak berubah.
Razuan berkata bukan hanya pelajar tetapi berkata guru-guru juga harus membayar untuk perkhidmatan tandas lebih bersih itu.
Beliau bagaimanapun berkata perkara itu tidak diteruskan selepas mendapat tentangan JPN. |