View: 2427|Reply: 3
|
Sis, Betulkah Cara Sapu 'Foundation' Sebelum Ini?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Banyak cara yang boleh digunakan jika ingin memakai 'foundation' atau bedak asas ini. Mengikut jurusolek artis yang terkenal, Lucia Tan mengaplikasikan 'foundation' perlulah dengan cara mengusap dan menepuk-nepuk.
Apabila ingin menyapu 'foundation', pastikan tangan dalam keadaan bersih agar tidak muncul jerawat. Setelah mencuci wajah, sapukan segera pelembap. Sapuan pelembap mampu menyempurnakan dan meratakan 'foundation' atau 'concealer' anda.
Untuk menutupi bayangan hitam di bawah mata, sapukan concealer pada area ini sebelum memakai foundation. Aplikasikan secara perlahan dengan cara menepuknya menggunakan jari manis dan jangan menekannya dengan kuat.
Kemudian, aplikasikan 'foundation' ke wajah. Perlu diingat tidak mengoleskan 'foundation' ke seluruh wajah. Hanya sapukan pada dahi, tulang hidung, kiri dan kanan cuping hidung, hingga ke dagu sahaja.
Seboleh-bolehnya, gunakan berus atau span berbanding menggunakan tangan apabila mengoles atau menyapu 'foundation' ini. Haba panas daripada tangan anda akan mencairkan krim 'foundation'. Jika menggunakan berus atau span, hasilnya akan kelihatan lebih meresap dan sama rata. Ia juga akan bertahan lama pada wajah. - CARI Infonet
Foto : Google
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama gila tak pakai foundation |
|
|
|
|
|
|
|
foundation dulu, baru concealer |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|